Thursday, 21 November 2013

MCC EXTREME 2013

Namanya pun dah mengerikan sesapa yang tak kuat mentalnya...aku pun memang tak nak ikot jambori ni dek namapnya yang menyeramkan.Aku dapat membayangkan laluan yang bakap ditempuhi oleh para rider mesti seextreme namanya.Jadi aku pon daftar nak ikut jambori Otai 2 di Sungai Buaya,Rawang selangaor yang diadakan sehari sebelum MCC ni.Sampai hari kejadian,akau membatalkan niatku nak ke Otai 2 setelah mengambil kira gaji lambat lagi ni,tol lagi,minyak,makan, hotel waa... semua pakai wang yang turun sebulan sekali jer....


Malam Ahad tu aku call penganjur...dia kata ada walk in registration pagi event.Yessss....malam tu jugak aku gantung beskal aku...nak bli rak beskal atas bumbung ase macam tak mampu jer...biarlah aku gantung jer kat bonet.Orang kata salah...he he selagi blom kena saman kira tak salah la....

Pagi jam 4.30 aku dah bangun....dalam kol 5 am...di saat waktu prima tidur aku gi membesit ke muar seorang diri.Tak der ahli Prosak yang gi.Aku gerun gak tgk tajuk jambori ni tapi kalau kita tak cuba mana kita tahu tahap kita di mana?ala kalah mmng pasti la coz aku bukan rider pro.Justkidding je eh just like like je


Sapa tak gerun tgk poster ni?....
Sampai lebih kurang jam 7 lebih...tak sempat nak sarapan....aku terus daftar ...ingat ade roti..tak der la pulak...ade biskut je...pagi tu aku sarapan 3 keping biskut sbg bekalan nak kayuh 46 km xtreme!Hadoiii...
Aku terus gi starting point...orang dah ramai...mmng kena kayuh suka suki je nampaknya....ade lak orang edarkan minuman oren bervitamin...aku sapu jer walaupun cina yang bancuh..ha ha

Kalau nak kejar podium,dapat tempat starting yang macam ni memang mustahil la kecuali Adnan Manan mungkin boleh...depan aku ni ade kira-kira 300 orang.Jumlah keseluruhan peserta ari tu seribu lebih...meriah tol...


Masa ni baju n beskal masih bersih....aku minta rider sebelah aku amik pic ni.Aku pun ,ula sembang...orang Filipina rupanya.tak pandai cakap melayu jadi aku bantai cakap omputih....dia paham kot aku punya speaking omputih telo jawa....hebat event ni....mat saleh pun aku tgk ramai yang ikut serta.

Kayuhan mmng hebat....memenatkan..bukit-bukit yang dahsyat sangat....aku tak pernah naik bukit yg sgt xtreme cam tu...tolak jugak beskal 3 kali cos aku n rider2 yang lain mmng tak mampu nak kayuh...hebat tak terkata....puas ati kalau dapat tamatkan kayuhan ni....

Ni masa baru dilepaskan...masih bole senyum riang ria raya lagi....
 Pemandangan dari atas bukit tapi yg ni bukan yang tertinggi


Siap ade bakar kambing lagi tapi aku tak sempat nak turun dan merasa kambing tu....lau nak makan-makan takut petang pon tak sampai penamat....


 Ini antara lokasi maut dalam event ni....hanya sebilangan kecil jer yang naik beskel turun tebing curam ni...banyak yang turun...sebab memang curam gilerlah...nasib baik aku pakai tayar yang bunga besar...Rocket Ron...memang terbaik tayar ni....cengkaman terbaik walaupun speed kurang

NI pic aku masa penamat....aku puas sgt walaupun dapat nombor 151 keseluruhan dan 14 dalam kategori Veteran daripada seribu lebih peserta dan seratus lebih veteran...kira ok la pada aku...nak kejar top ten mmng tak daya nampaknya...gaya mesti ade walaupun nombor ratus-ratus...
Sekali lagi aku minta tolong ngan rider Melaka amik gambar aku....
Kat sini aku sertakan graf dakian sepanjang kayuhan xtreme ini dan buatlah penilaian sendiri..betapa memang xtreme jambori kali ini.....memang rugi sesapa yang tak merasai kenikmatan bukit yang tinggi yang susah kita nak jumpa....


Jumpa lagi di Pasoh pulak....salam...


Sunday, 14 July 2013

Maran Jambori Ayam Kampung 2013


          Aku memang dah tak sabar nak try basikal aku yang baru aku beli ini walaupun bukan basikal baru tapi baru beli...kira baru la...ha ha

Aku tak sabar nak mengayuh dalam suasana jambori namun sebenarnya aku belum mahir lagi menggunakan gear SRAM yang berlainan sedikit dengan SHIMANO SLX basikal Corratec yang dulu.Aku suka gear SRAM kerana senang nak masuk berbanding SHIMANO.

            Sampai di Maran,aku call penganjur untuk kepastian tempat pengambilan goodies sebab aku tak ikut perkembangan terkini blog depa.Masa mula baca tu kata kat Dewan Belia tapi sampai kat sana tengok sepi jer.Diberitahu pengambilan goodies kat Dewan Taman Tasik iaitu kat chalet aku nak duduk.Ok la lau gitu.
 Pemandangan dari dalam rumah sewa

 Memang cantik tempat ni dan berbaloi sangat dengan RM70 semalam


 Reka bentuk rumah yang menarik...memang best tidur di sini

Resit sewa rumah kerajaan
Penyambut tetamu di Maran Hill Golf Resort (MHGR) ni memang bersopan santun dan berbudi bahasa.Bertuah mempunyai pekerja yang seperti ini.

 

Pemandangan lampu MHGR dari rumah sewa pada waktu malam.Kamera murah tak leh nak ambik gambar cantik pada waktu malam..


 
Basikal yang telah disiapkan seadanya untuk jambori esoknya

 Nombor yang diharapkan agar membawa tuah

Baju t-shirt yang cantik

Hari kejadian 7.7.2013
Segala-galanya berjalan dengan lancar dengan penerangan daripada pihak penganjur.Kalau dengar penerangan memang mantap dan tidak menduga ada kelemahan yang ketara bakal dihadapi oleh para pengayuh jambori.
          Perlumbaan pada peringkat awal disertai oleh VVIP tapi sekejap jer mereka dah beri laluan kerana rider dah tak sabar nak pecut.Aku duduk di line 2 tapi bila start aku jadi jauh di belakang.Aku takut nak rempit dengan mencelah-celah ,takut jatuh.Tapi bila masuk jalan air terjun Teladas aku lajukan kayuhan sebab naik bukit sikit.Aku boleh kejar ploton awal...stay dalam group ni.Follow saja kerana masih jauh lagi perrjalanan.Dan keluar jalan raya utama dan masuk kampung Bum-bum .RELA suruh kayuh terus..jadi kamipun memang pulun kayuh...turun bukit pulak tu,...memang sedap la layan..tup-tup Marshhall kejar dan bagi tau kami silap jalan.Eh RELA tu yang suruh ikut jalan ni...mase tu memang rasa down habis.Dekat 2 kilometer dah kami kayuh...kena patah balik dan mendaki bukit pulak tu,,,kalau naik motor memang la tak kisah, ni naik kaki ni,,,Sampai di simpang tu kami pakat jerit ramai-ramai kat RELA tu.....RELA yang telah menunjukkan jalan kesesatan kepada kami.Tapi nak salahkan RELA ni 100% pun tak boleh rasanya sebab kat simpang tu tak der pun sign belok ke kanan.
           Masa tu dah sesak dah single trail tu...mamat depan ni lak wat tak tau jer walaupun kita dah bagi isayarat  kita nak over take...last-last terpakse tolak jugak...Hampeh tul...mase tu harapan untuk menang memang dah tak ader dah.Jadi aku kayuh ikut sesedap rase jer.Meter basikal lak rosak jadi aku tak tau dah berapa km aku kayuh....Basikal aku memang terbaik setakat ni..tak de problem cuma ade sekali aku tersilap tukar gear besar masa nak naik bukit... terpakse turun dan sorong la pulak.
          Aku tak ingat kat simpang mane tapi ada pakcik jaga berdasarkan pakaiannya jerit kat aku,,"awok pakcik kira  dapat nombor 22"....eh 22 kira ok la tu....tak jauh la aku kena tinggal.Aku kayuh bese jer dan tak der sapa yang cucuk aku.Tiada tekanan cuma aku yang tertekan nak kayuh laju lagi jer...Keluar ajer lebuh raya ke Jerantut tu...ade satu group jauh kat depan aku.Depa 3 orang...2 laki 1 perempuan.Perempuan ni budak MSSP Pahang.Potong aku mase kat simpang yang aku sesat tu.Kira dapat kejar semula dia ni pun kira ok.Aku follow group ni.Cucuk kasi angin.Tak lame sorang rider berhenti,dia kata dia cramp.Sorry bro,tak dapat nak tolong.Tinggal kami bertiga.Selepas masuk hutan dan melintasi sungai yang sejuk airnya rider di belakang aku potong di lorong yang sempit.Tabik kat ko la brader.Aku tak dapat nak potong sebab jalan single trail jer.Sampai di sungai kedua,aku sampai di garisan penamat.Aku dapat medal yang cantik pastu aku tanya petugas kat situ saya rank ke berapa? Dia kata, "Pakcik dapat no 2."Perghhhhh no 2!biar betul ni????Syukur pada Allah...akhirnya aku boleh jadi top 3.Berkat basikal baru ni...

Penamat di dalam sungai....terbaikkkk

          Selepas ambil nama,aku kayuh semula ke bandar Maran.Penamat dengan permulaan tak sama.Mula di bandar Maran dan tamat di Lubuk Ujid di Kuala Sentol.Lebih kurang 13  km...Nak tunggu penyampaian hadiah lambat lagi iaitu jam 12.00 pm.Sekarang baru 10.15 am.Jadi aku kayuh je ke chalet di Maran Hill Golf Resort.Dalam perjalanan,ramai petugas yang arahkan aku ke tempat penamat....ha ha depa ingat aku sudah silap jalan daaa.... Untuk mengelakkan kekeliruan,aku pakai medal yang aku dapat tu...he he bukan riak ye tapi tak nak bagi salah faham.Lebih kurang 20 minit aku sampai di chalet,mandi,basuh beskal,pakai baju penaja yang cantik ni.Dan aku terus pergi ke Lubuk Ujid.


Menerima hadiah daripada YB Datuk Shahaniza Shamsudin 


Medal yang hebat dan tali medal tu pun memang terbaik

Hadiah tempat kedua ..RM 70.00 (Lepas sewa chalet)

         
Yan kiri ialah Rider Temerloh Cop Cycling Team,di tengah-tengah tu anak Johan veteran,dan yang kanan sekali tu he he yesssss akuuu tu .Ini kejayaan terbaik aku setakat ini....

           Jambori seterusnya Burung Hantu Jamboree di Melaka pada 14.9.2013


Friday, 12 July 2013

Trek X-caliber 2012 (Gary Fisher Collection)

          Entah macam mana tiba-tiba aku ade duit sikit....ha ha nampaknya pokok duit yang aku tanam dah mula keluarkan buah.Syukur.Tanpa berlengah-lengah lagi ak melayari laman BBS....membuat pemilihan dan penilaian...akhirnya terjurus kepada 2 buah beskal.1 Lapieree (ejaan tak pasti) dan Trek.Post gambar kat wasap group.Minta pandangan depa kerana ramai pakar dalam group ni.Aku try call pemilik basikal Trek walaupun iklan tu dah lama.Mana tau rezeki aku ada.Call n nego sikit dapatlah aku RM3900.00.Aku kira ok ajer....Akhirnya basikal Trek X-cal ini menjadi milik aku yang sah....terima kasih saudara Khairul Anuar yang sudi menjual basikal yang masih macam baru kepadaku dengan harga yang murah...




Berat asal basikal Trek

SRAM X7
 

Padel Wellago besi...

Saddle dan seat post Bonranger 


Trex x-cal yang masih ori 100%

PROSES TRANFORMASI TREK X-CALIBER


Handle grip SRAM

Pedal Xpedo Utmost 

Seat post KCNC

 Cassate SRAM

 RD SRAM X9 (High Clamp)

 HUB MVR Racing

 
 Rotor belakang Alligator 160

 Rotor depan Alligator 180


Whell set American Classic sebelum ditukar kepada ZTR

Whell set ZTR + MVR Racing,Tayar Rocket Ron ,
Saddle FIzik xium + Jagwire + seatpost clamp KCNC
Dah siap upgrade 


Berat terkini ....masih berat lagi..tak tau nak tukar apa lagi nak bagi ringan lagi sikit.Mungkin lepas ni kena tukar handle bar dan stem ....

Kos keseluruhan RM7050.00


















Monday, 24 June 2013

UITM Pahang Mountain Bike Jamboree 2013

Setelah lama aku menahan nafsu untuk menyertai jamboree dek kerana kekangan masa dan pelajaranku akhirnya aku dapat menyertainya dengan hati yang tenang. Tak ramai ahli Prosak yang masuk jamboree ni maklum le waktu cuti sekolah.Ahad 26.05.2013.Sehari selepas hari lahirku yang ke -47.Wahhh dah tua sangat dah aku ni.47 batang lilin nak tiup.Nak buat aper yek tiup lilin?Tak paham aku... Aku tempah bilik di Mercu View Resort...ada chalet jer...semua bilik dah penuh.Chalet agi ok asenya...RM80 satu malam.Bolelah ...




Ni la chalet kat Mercu View Resort.Memang dekat ngan UITM Jengka dan Bandar Jengka.

Chalet no 11.Penyambut tetamu kata rumah penuh tapi aku pelik sampai malam tad ramai orang kat sini.Pelik tolll

UITM Jengka tempat acara bermula

Aku sampai awal ke tempat permulaan.Baru ada 1 line yang diisi oleh rider Terengganu Team 46.Nampak perkasa budak2 muda ni.Majoriti dah pakai basikal 29.Takut aku tegok depa ni...aku terpikir jugak nak beli beskal 29' ni tapi entah bila boleh beli.kena kumpul ckit-cikit ni...
          Macam biasa kayuhan kali ni dumulakan dalam jam 8.30 pagi.Ramai juga peserta mungkin dalam 500 orang.Aku target leh naik podium ni ...trek memang hebat dan mencabar.Mula on road,pas tu off road...offroad rasenyta dalam 35km daripada 40 km kayuhan.Mencabar sangat kepada rider baru.Lepas bukit,bukit,lepas bukit bukit lagi...pergh...memang mencabar sangat rasenya...semasa kayuhan aku memang rase beskal 26' mmng tak boleh beat 29' terutamanya di jalan rata tapi kali ini lebih sadis....aku dipotong semasa mendaki oleh rider 29'.....ish ish....nak buat loan kalau cam ni...loan beli beskal 29'...ha ha
        Aku cuba untuk follow depa...tapi tak daya dah asenya...cuba setakat yang terdaya ajer...Trek lancar saja...budak-budak yang jaga simpang pun ramai,penanda jalan pun ok.Memang tak sesat lagi menyesatkanlah lah...dalam 2 jam lebih aku sampai di garisan penamat...



        Yaeyyy aku dapat no.8 kategori veteran!naik podium ni....hatiku berbunga...ha ha
Berjaya menamatkan kayuhan walaupun sangat penat.Terpancar kepenatan yang amat sangat pada wajahku.pakai jersi kelab yang terbaru.

Kali ini memang best nak cuci beskal.Ada Bomba yang sedia memancutkan air dengan paip mereka.Free lak tu.Bese kena bayar rm3 kalau nak cuci beskal.Pas cuci beskal aku amik makanan.Aku orang yang pertama amik makanan...ha ha macam orang kebulur la pulak.Lepas tu aku pergi kat urussetia jambori.Kut-kut no.8 tak ader hadiah.Nanti penat jer aku tunggu tapi tak naik podium.Nak pitam rasenyer masa aku dengar jawapan dia.Hadiah sampai nombor 5 jer....alamakkk 5 jer encik?Besekan 10?Hadoiiii...hampanyer aku...

          Jadi tak der guna lagi aku tunggu kat situ.Baik aku balik ke hotel,mandi-mandi dan balik ke Selancar.Sebelum balik,aku makan kat Kedai makan Kak Ngah.Sedap ABC kat sini...terbaikkk dari Maran
 Sedap dan banyak....sampai tak abis...

Medal yang aku dapat di UITM Maran.....cabaran yang hebat untuk para rider MTB...




Monday, 7 January 2013

Beserah Tengkujuh Ride 2012

Tengkujuh Ride!Memang hujan sepanjang kayuhan.Satu pengalaman baru dalam dunia kayuh beskal aku.
Tak berjaya menamatkan kayuhan dengan menaiki podium.Tak berjaya mendapat tempat bawah 10,tak berjaya dapat hadiah wang tunai...tapi tak kisah sebab aku ada alasan helah bela diri yang kukuh!aku demam!Cheh.....demam konon....ha ha tapi aku berjaya menamatkan kayuhan yang seronok tu

Macam biasa,aku bertolak sehari sebelum hari kejadian.Aku dah tempah bilik di Muara Beach Resort.Sampai di resort dalam jam 2 petang.Nasib baik dah tempah bilik,kalau tak memang kena tidur jauh sebab bilik semua dah penuh.Bilik Muara Beach Resort ni aku boleh bagi 1 bintang jer.Tuala pun kena mintak kat lobi.Bilik air pun ala kadar jer.Yang terbaik cuma pendingin hawa yang tak boleh diadjust.Sejukya sampai ke tulang sum-sum.Malam tu aku tak boleh tideur sebab sejuk la sangatnya.Nak matikan sian kat member yang tidur dengan lenanya.Paginya aku bangun dengan rasa demam yang kian menjadi.Member tegur,dia kata jangan kayuhlah kalau demam.Tapi manelaeh tak kayuh.Datang jauh-jauh cuma nak tido kat resort ni jer rasanya tak berbaloi.Kayuh tetap kayuh.Yang lain kemudian pikir.

Antara barangan yang diberi kat jambori ni


Jersi biru,beg biru,pamplet Magnetic aura,trek kayuhan,nombor plat,Power bar dan madu dalam straw...maduuuu


Nombor plat yang diharapkan akan menamatkan badi TIDAK BERTUAH aku kali ini.Tapi aku tetap tidak berharap kerana aku tahu,tuah selalu menjauhkan dirinya dari aku...


Basikal dan no plat yang dah disetting lebih kurang.Aku pun tak tahu nak setting lebih-lebih.Janji boleh kayuh kira ok sangat dah la tu

Aku pergi ke tempat permulaan agak awal.Tak ramai lagi rider yang datang tapi kali ini aku tak nak berebut tempat di depan.Tak tahu kenapa...mungkin pasal aku rase nak demam.Aku biar orang ramai datang baru aku masuk kelompok tu.Kali ini aku nak kayuh santai-santai jer.Aku dah masuk line ke-4 atau ke-5 dari rider barisan depan.Oklah tu.


aku sengaja menyelitkan muka aku kat Geng Gesteh ni....he he Pak cik sebelah kanan aku kayuh bukan main laju...ingatkan boleh tapau dia rupanya aku yang kena tapau...tabikkkkkk

Sebelum kayuhan dimulakan,maka datang beberapa gerombolan team yang orang kata Team Pro.Terus ambik barisan depan.Barisan yang awalnya depan jadi barisan ketiga dah.aku dah jadi barisan ke-8 macam tu.Tak pro betulla kelakuan depa.Jambori ini bukan ada ujian masa macam Formula 1 atau Moto GP.Undang-undang simplenya,datang awal duduk depan tapi depa datang paling lewat tapiduduk depan.Penganjur pun tak kata apa...mungkin kenal ngan team ni atau pun nak jaga hati para rider PRO la katakan.Entahlah...kadang bila pikir balik,macam-macam manusia ni.Menghalalkan cara untuk mencapai matlamat....lantaklah aku nak kayuh jer...





Dimulakan tepat pada waktunya....kayuhan awal ikut jalan utama ke Kuantan sampai ke Batu Hitam pas tu masuk hutan dan di sinilah cabaran sebenar bermula.Jem pun bermula.Single trail ....jadi kena sabar je la.Ikut turn.Tak boleh potong.Jalan sempit dan licin.Aku suka trek ni...tak pernah jumpa trek dalam hutan macam ni.Licin,lecak,air,lumpur,jatuh,mendaki bukit yang licin,menuruni bukit yang menyeramkan.Tak pernah aku pimpin basikal waktu turun bukit tapi kali ini aku pimpin basikal aku.Gayat gila!ha ha.Ada budak muda sound kat aku.Pakcik kayuh je pelan-pelan.Main brek....tak berani la nak oiii...hang berani hang naiklah aku nak pimpin jer...





Antara tempat aku pimpin beskal aku.Memang mencabar....tapi aku memang happy kayuh kat jambori ni.Rasa seronok kerana ini pengalaman yang lain daripada yang lain walaupun rasanya macam teruk tapi ok.
Dan pada penghujung kayuhan kami kena mendaki satu bukit yang agak curam dan licin ditambah dengan hujan yang turun,Memang licin.Zon tu orang panggil Zon Tolak Basikal.Tapi aku dapat mengayuh basikal tanpa turun kat zon tu.Mungkin sebab aku pakai tayar bunga besar kat belakang jadi aku tak ada masalah mendaki bukit tu...


Gaya rider amatur...

Aku berjaya menamatkan kayuhan dalam masa lebih kurang 2 jam 20 minit.Jarak kayuhan 40km.Tempat ke 16 dalam kategori Veteran dan tempat ke 155 keseluruhan.

Jambori ini memang mewah dengan minuman dan pisang.Kalau tak silap aku 4 stesen air termasuk stesen air mata kucing!Perghhhh terbaiklah.2 stesen makan pisang tapi aku tak amik pisang sebab aku tak de selera nak makan pisang waktu ujan.Kali ini aku berhenti kat stesen 3...tambah air dalam bekas air aku.Kali ini aku memang tak dapat nak kekalkan rentak kayuhan aku.

Abis kayuh...aku gi kat tempat cabutan bertuah.Krew suruh aku cabut kertas.Aku cabut dapat huruf 'A',aku memang tak harap apa-apa tapi kali ini tuah mendampingi aku.Aku dapat kunci basikal!Yahooooo...akhirnya akhirnya aku bertuah jugak macam orang lain.Tak kiralah walaupun rege kunci ni dalam lingkungan RM50 tapi aku rasa ok sangat.Syukur pada Allah yang menjadikan aku antara orang bertuah pada hari itu.Hari itu dalam sejarahlah kiranya....

Lepas basuh basikal kat lopak air hujan yang banyak bertakung kat jalan,aku terus ke hotel,mandi dan terus balik ke Selancar.Aku ajak member tidur jap kat masjid sebab aku dah tak tahan nak memandu.Demam aku semakin teruk...2 jam aku tidur.Sampai di Selancar aku demam 9 hari.....

Penangan Beserah Tengkujuh Ride.Tapi yang penting....happy!