Saturday 18 August 2012

Jangan jadi tikus membaiki labu

Aku minat ngan kerja memomen sebenarnya.Dulu dah apply masuk ikm bidang automative sebelum jadi cikgu.Tapi tak sempat nak pegi daftar.
Baru-baru ni beskal kesayangan aku tu ada bunyi gesel rantai ngan FD.Menyakitkan telinga je...aku try godek2 tapi tak ilang gak bunyi tu...
Try adjust sikit-sikt...sama gak.masih bunyi n berlaga rantai tu
Pas tumaku try tengok kat Youtube,ulang 2-3kali tengok bagi faham baik punya.Siap mintak Roslina Ariffin (ina) guru Bahasa Inggeris tolong translate kat aku...aku ada download gak tutorial tu.
berbekalkan ngan video dan penerangan daripada cikgu Bi tu maka aku pun amik masa ari Selasa petang selepas balik dari sekolah untuk melaksanakan projek tersebut.
Puas aku adjust sana sini macam dalam youtube tu tapi tak jadi gak...
rasa nak hempas je beskal tu tapi sayang oooo
Sampailah ari Khamis 16.08.2012 rantai tu tetap berlaga....eiiii geramnya
Aku bawak basikal balik kampung,aku tak singgah rumah mak tapi terus ke bandar Batu Pahat.Pegi kedaiLian kat simpang Trafik Light ke SDBL
Gelak pomen tu bila aku bagi tau apa yang aku dah buat kat basikal aku.Dia kata mesti belajar baru tau...
Setelah dicheckdia kata aku mesti pernah jatuh sebab FD tu terkepak sikit.Jatuh?????ha ha naik beskal lau tak jatuh tak sah...
Dan padahnya....rantai dah makan cassate,jadi supaya tak lagi teruk kena tukar rantai....terbang rm110.
Kesimpulannya.....jangan memandai memomen kalau tak pandai coz kesannya banyak Rm akan melayang.Barang beskal tak ada yang murah kalau kita nak kayuh sedap dan yang paling penting nak RINGAN......

Caption Youtube tak dapat diupload sebab broadband kat kampung aku ni cuma 2g je.Bertahun-tahun baru leh upload jadi aku kensel nak upload.Nanti balik selancar,aku upload cara mengadjust  FD

Friday 17 August 2012

Kayuhan petang 28 Ramadan

Petang 28 Ramadan  bersamaan 17 Ogos
Jam 5.00 petang
Situasi di dapur:
Emak sedang sibuk memasak untuk hidangan berbuka puasa.
Aku : Masak pe mak?
Mak : Sambal,kulupam ranti,ayam ungkep
Aku :Wahhh sedapnya...kemecer ni mak,ada pape nak tolong mak?
Mak :Tak payah la,ckit je ni..
Aku :Mak takut ya,lau aku tolong nanti jadi tak sedap...ha ha
Mak : Tak lah...sikit je...da nak siap pun
Aku :Lau cam tu nak kayuh beskal la yek..

Dalam jam 5.15 aku memulakan kayuhan ke Parit 6 darat @ Seri Murni.Ada bukit sikit kat hujung jalan tu.Jalan mati kat rumah orang.Jauh tul rumah orang i dari rumah orang lain.Lau jadi pape susah ni.Pas tu aku ikut je jalan yang ada kat situ tapi semua on road.Off road sikit je.Aku kayuh tembus Parit Jayus Darat,kuar lak ikut Parit 7,pastu aku potong jalan gi Parit 4.Pastu aku kayuh ikut jalan Parit 3,Sejagung dan BukitWaha.Laluan di sini 'agak' mencabar tapi kalau dibandingkan ngan trek latihan aku kat Selancar trek kat kampung ni boleh katakan mudah je...semua on road.Aku kagum dengan pembangunan kat sini.Rumah orang-orang kampung dah besar dan beranika bentuk.Aku telan air liur je tgk kecantikan rumah dia orang ni.Aku kayuh sampai aku jumpa lebuh raya,masuk terowong dan berhenti kat masjid Sejagung.Aku sekali terpegun tgk masjid mereka.Cantik dan unik


Walaupun persekitaran masjid macam suram je tapi design pintu gerbang ni memang unik.Mesti susah buat mende ni.Aku tak leh nak gambar kenang2an coz aku kayuh sorang2 je jadi tak de sapa nak snap gambar aku.Nak minta tolong kat orang malu la pulak.
Dalam pukul 6.40 aku dah sampai semula di rumah mak.Tgk kat meter aku dah kayuh sejauh 30 kilometer dalam masa 1.23 minit.Oklah untuk bulan Ramadan.Training untuk Seri Medan jamboree

Masa kayuhan: 1 jam 23 minit 19 saat termasuk cooling down


Jarak kayuhan petang tadi termasuk jarak warm up dan cooling down




Projek meringankan berat basikal bukitku

Setelah acara menimbang berat beskal tu.Aku mula mencongak akan budget yang masih bersisa.Berapa perlu dibelanjakan untuk menikis beberapa ratus gram daripada berat beskal tu.Setelah surf kat BBS,tanya kekewan kat SMT akhirnya keputusan nekad dibuat.....kalau bulan ni makan rumput pun aku redha je janji beskal ringan.Hehe betul ke kalau nak menang mesti beskal kita ringan?Konfius tul aku.....tapi aku tak nak menongkah arus.....nanti jauh aku tertinggal.
           Yang mesti tukar.....SEATPOST,SADDLE,HANDLE,STEM DAN FORK
Seat post Alero...bukan carbon tapi lebih ringan dari carbon..rm200
Saddle orang banyak cadangkan Fizik tapi mahal jadi aku beli Le Salle je rm180
Stem aku beli yang orang tak pakai Monkey Circus rm 135
Handle bar carbon brand Hylix....tak penah dengar pun brand ni...ha ha tak pe la janji nampai maca hebat rm180
Fork Epicon x1 beli n pasang kat BP....Lian bicycle....pomen India yang ramah dan cekap  rm650
Jumlah semua rm1345
termasuk ngan beli dulu rm4050 maka aku dah abiskan rm5395....banyak gak tu tapi yang penting aku puas dan beskal aku ringan dah cikit

Seatpost

Stem

Handle bar

Gear wire 

Tayar Maxxis

Epicon x1 Hollow

Epicon X1