Saturday 18 August 2012

Jangan jadi tikus membaiki labu

Aku minat ngan kerja memomen sebenarnya.Dulu dah apply masuk ikm bidang automative sebelum jadi cikgu.Tapi tak sempat nak pegi daftar.
Baru-baru ni beskal kesayangan aku tu ada bunyi gesel rantai ngan FD.Menyakitkan telinga je...aku try godek2 tapi tak ilang gak bunyi tu...
Try adjust sikit-sikt...sama gak.masih bunyi n berlaga rantai tu
Pas tumaku try tengok kat Youtube,ulang 2-3kali tengok bagi faham baik punya.Siap mintak Roslina Ariffin (ina) guru Bahasa Inggeris tolong translate kat aku...aku ada download gak tutorial tu.
berbekalkan ngan video dan penerangan daripada cikgu Bi tu maka aku pun amik masa ari Selasa petang selepas balik dari sekolah untuk melaksanakan projek tersebut.
Puas aku adjust sana sini macam dalam youtube tu tapi tak jadi gak...
rasa nak hempas je beskal tu tapi sayang oooo
Sampailah ari Khamis 16.08.2012 rantai tu tetap berlaga....eiiii geramnya
Aku bawak basikal balik kampung,aku tak singgah rumah mak tapi terus ke bandar Batu Pahat.Pegi kedaiLian kat simpang Trafik Light ke SDBL
Gelak pomen tu bila aku bagi tau apa yang aku dah buat kat basikal aku.Dia kata mesti belajar baru tau...
Setelah dicheckdia kata aku mesti pernah jatuh sebab FD tu terkepak sikit.Jatuh?????ha ha naik beskal lau tak jatuh tak sah...
Dan padahnya....rantai dah makan cassate,jadi supaya tak lagi teruk kena tukar rantai....terbang rm110.
Kesimpulannya.....jangan memandai memomen kalau tak pandai coz kesannya banyak Rm akan melayang.Barang beskal tak ada yang murah kalau kita nak kayuh sedap dan yang paling penting nak RINGAN......

Caption Youtube tak dapat diupload sebab broadband kat kampung aku ni cuma 2g je.Bertahun-tahun baru leh upload jadi aku kensel nak upload.Nanti balik selancar,aku upload cara mengadjust  FD

No comments:

Post a Comment