Monday 22 October 2012

Burung Hantu 2012

Teruja sangat nak menyertai Jambori Burung Hantu ni.Orang kata kalau rider tak pernah masuk Jambori Burung Hantu kira tak ada lesen lagilah kayuh malam.Lesen?ha ha sapa tak nak lesen kan....mat rempit pon ada lesen. Macam biasa admin Selancar MTB En Joe Joney uruskan pendaftaran.Madi merangkap kembar seiras Eric deko deko uruskan penginapan kat Hotel Permaisuri.Dalam pikiran aku,Jambori ni mestilah kayuh kat bandar je..on road je.Maklumle malam ooo Aku dah sediakan basikal Corratec tu seadanya.Setup lebih kurang.Masa nak pegi aku congak2 juga,nak pakai tayar laju ke nak pakai tayar ujan.Lau nak kejar ranking memang elok pakai tayar laju tapi dok pikir malam dan musim ujan,aku pakai tayar Panaracer 2.1 untuk belakang dan pakai Maxxis Cross ride 1.9 untuk depan.Fun ride je... Bertolak pukul 11.00 pagi.Parif anta mesej nak tunggu jam 10.50 tapi aku terlupa nak tgk mesej.Pukul 11.00 dia call.Ayaaa....soli soli on the way..(Jawapan artis kalau lambat pegi shooting filem!)Sampai simpang Selancar 3.Eh,mana Madi?Sampai simpang Tasik Alai berhenti tunggu Madi.Dalam 5 minit Madi sampai dengan basikal Jamis yang baru diservis kat Giant Segamat.Servis tuuuu... Sampai di hotel dalam pukul 1 lebih.Daftar kat kaunter,dapat diskaun pasal peserta Burung Hantu.Dari 150 dapat 120 je siap sarapan untuk 2 orang.Save 30.Abang jaga datang,bagi tau basikal jangan tinggal kat kereta.Bawa masuk bilik.Takut ilang.Kalau ilang memang frust gilerlah....Pas makan nasi kandar,lepak-lepak sambil tgk tv.Joe call suruh turun kat lobi amik goodies.Tq Joe...memang terbaik la Mr Presiden ni.. Saat yang ditunggu2 telah tiba..jam 7.30 kami dah kat dataran Pahlawan Ayer Keroh.Menunggu untuk dilepaskan jam 8.30 selepas pertunjukan bunga api.Puas menunggu dan orang punyalah ramai.2400 rider yang mendaftar untuk kayuhan amal tersebut.Kami duduk kira-kira 100 meter dari garisan permulaan...mak aiii jauhnya...memang corotlah jawabnya.Masing2 berpakat untuk kayuh saing-saing.Maklum ajelah malam... Macam-macam gaya ada malam tu...tapi yang paling gempak satu kumpulan dari Negeri 9 kalau tak silap...pakai topi keledar ade tanduk sepasang warna hijau.Wauuuu hebat la beb! Kayuhan dimulakan tepat jam 8.30 malam.Sesak jalan.Kena pimpin basikal kira-kira 100 meter sebelum mula berkayuh.Laluan fuhhhh memang terbaiklah...memang best walaupun mencabar.Lebih kurang 10km untuk single trail saja.Aku jatuh 3 kali tapi sempat tanggal clip kasut.Tukar bateri lampu 2 kali dan yang paling mengecewakan rantai lucut 2 kali...aduiii...berapa banyak aku kena tinggal sebab berhenti 4 kali tu.Tapi tak pe...charity ride je.Laluan memang mencabar kerana becak dan malam.Bukit pertama sahaja dah sorong basikal.laluan kecik je tapi orang macam semut ramainya jadi penat sorong basikal jer la.lepas bukit pertama boleh kayuh ngan aman.Suara-suara bising pada peringkat awal tadi dah mula kurang.Dah penatlah tu...masing-masing fokus pada trek.Trek licin dan berbahaya.Nasib baik percaturan tayar aku mengena.Jadi aku dapat kawal basikal ngan baik. Aku sampai pukul 11.20 malam.Orang pertama sampai dalam group.Orang tempat pertama cuma amik masa 1 jam 30 minit je!Dasat tul.Pakai jantung turbo agaknya!basikal aku jangan citerlah ,penuh lumpur.Aku sempat basuh basikal semasa acara cabutan bertuah.Aku tak pegi pun acara cabutan bertuah tu sebab aku dah tau..macam biasa AKU BUKAN ORANG YANG BERTUAH!baik aku cuci beskal ngan brader cina ni.Kami ganti-ganti pancutkan air. Acara abis jam 3.00 pagi!Fuhhh penat tol.Balik hotel dah jam 3.30 am.Solat n tido..Bestnya tido. Kesimpulannya memang best Burung Hantu ni.Rugi tak pegi dan tak rugi pegi.Pengalaman yang indah buat rider dari seluruh asia tapi yang bangganya yang menang orang Malaysia!