Sunday 9 December 2012

Sport Rec MTB-Challenge,Chamang Waterfall 2012


Chamang Waterfall


Banner acara ini

Kali ini aku nak mengisahkan perjalanan kisah aku menyertai Chamang Challenge 2012.Aku bertolak dari Selancar jam 11.30 am.Terus ke Muadzam Shah,nak pekena kari kambing sebelum ke Bentong.Sampai sana dengan girangnya menuju rak lauk..Perghhhhh....tak de la pulak kambing kari....jauh tu nak makan daging kambing tapi hampa..akhirnya makan nasi lauk ikan kembung je lahhhh....kempunan la pulak.

Perjalanan diteruskan ke Bentong melalui jalan Tabung Haji - Bera - Temerloh - Lebuh raya - Bentong.Perjalanan lancar cuma kat Bera tu memang teruklah jalannya... senak perut dibuatnya.Sampai di Bentong dalam pukul 4 petang.Aku gi amik goodies kat Hotel Kristal.Pas tu gi ke Hotel Trans Mutiara untuk check in.Oklah hotel ni walaupun agak kecik tapi kemas dan bersih.


Aku tengok isi beg goodies tu.Alamak...t shirt,nombor plat dan majalah je?Ish ish kokak tul penganjur ni...paling tidak bagi le air mineral....kalau nak bandingkan dengan Tampin ari tu memang jauhlah..
Kesilapan terbesar aku yang pertama...aku tak tanya pun penganjur ,perlumbaan akan dimulakan dimana.Silap betul.Aku ingatkan namanya Chamang Waterfall tentulah mula kat waterfall la kan.So aku pun dengan gaya buat-buat reti terus gi Chamang waterfall petang tu.Survey tempat...cehhh
Tempatnya lebih kurang 10 km dari hotel dan tempat parking kereta yang sempit.Kena  datang awal kalau nak dapat tempat parking kereta yang baik.

Subuh Ahad.
Pagi-pagi lagi aku dah bangun.Sebeleum Subuh dah siap sedia tuk solat Subuh.Siap solat terus angkat beskal ke kereta.Check out dan dengan selambanya terus ke air terjun Chamang.Pukul 6.30 dah sampai di sana.Ada satu kereta Myvi yang satu tujuan dengan aku.Aku pun sarapan,kuarkan basikal dan siapkan ape-ape yang patut tapi peliknya?Nape tak ade orang datang ni?Salah tempat ke?Nak call penganjur tak boleh sebab tak ade line telefon kat situ


Basikal masa kat air terjun Chamang.Salah tempat daa

.Aku gi turun dan tanya kat orang kat situ.Dia kata basikal mula kat Kg.Lebak..6 km dari situ dan masuk dalam jalan kg dalam 7 km.Perghhhhh.....Aku dan budak tu pun cabut gi tempat tu.Kat simpang ada RELA jaga bagi isyarat supaya masuk jalan tu.Sakit hati sudah bermula.
Tak ade pun papan tanda,banner ke atau apa-apa tanda yang menyatakan di situlah bermulanya acara ni.Apapunya penganjur la macam ni.


Garisan permulaan dan penamat



Aku terus pergi ke tempat permulaan.Masa tu dah 7.50 pagi.Penganjur buat pengumuman pertandingan tidak akan dimulakan sehingga pukul 8.45 pagi kerana papan tunjuk arah banyak yang hilang.Banyak hilang ke baru nak letak?Aku sempat berbual-bual dengan para peserta.Ramai yang tak puas hati dengan penganjuran ni.Dibuat di tengah-tengah hutan.Tandas pun tak ade.Apa salahnya buat kat luar dan redah pakai basikal masuk dalam ni.Tak paham betul la.Akhirnya dalam jam 9 pagi barulah perlumbaan dimulakan setelah di boooo oleh peserta.

Citer pasal race lak.Start aje terus lalu jambatan yang sempit...ada air pulak.Berpusu-pusu nak menyeberangi jambatan tu.Ada yang marah-marah.Rider yang datang awal yang boleh duduk kal barisan depan memang senanglah tak payah nak bersaing-saing.Dalam 7 km yang pertama ni boleh dikatakan santai je muka buminya...aku sempat memotong beberapa rider yang dah mula semput.Lepas tu on road mendaki ikut jalan menuju ke air terjun.Sempat juga potong berapa orang di sini.Selepas itu barulah bermulanya era off road.Bukit pertama memang tinggi dan berliku.Aku boleh potong ramai riders kat sini.Bukit kedua pun tinggi juga dan aku berjaya mengayuhnya tanpa berhenti.Setelah itu tak ade dah off road.Masuk perkampunga orang asli yang bertar walaupun mendaki.Seterusnya down hill...acara yang aku gerun.

Satu ketika,ketika tengah layan down hill dengan berhati-hati,dah la curam,selekoh pulak...ada krew suruh slow.Aku slow tapi tengah down hill tak boleh nak emergency brake nanti aku yang terhumban.Tiba-tiba ada mamak sengal ni dengan basikal melintang atas jalan nak amik botol air dia yang terjatuh.Aku brek dengan kuat dan cuba elak mamat ni.Aku berjaya elak dia tapi aku terbabas ke tepi jalan dan booooommmm aku jatuh.Aku pikir dalam hati..abislah aku kali ni sebab masa tu tengah laju.Spek aku yang aku beli on line tu tak tercampak kat mane,yang pasti hidung aku sakit,tangan kanan aku luka dan kaki aku aduhhhh sakitnya.HOIII AWAK NAK BUNUH ORANG KE? aku jerit kat mamat tu.Masa kat Tampin,aku gelakkan budak yang jatuh Powerbar dia dan amik waktu orang tengah laju kerana aksi tu bahaya..kali ini aku lah insan yang malang dek aksi tak berperaturan mamat ni.Nasib baik tak patah tangan aku.Aku tengok basikal aku masih ok cuma rantai terlucut.Aku pasang balik,dan mamat tu tak kata pun sorry kat aku.Apalah...dah buat salah pun boleh selamba jer.Aku kayuh dan terpikir kalau gear aku rosak,aku nak tukar XT la pas ni.Tapi syukur...gear aku dan yang lain-lain ok jer.Pas tu kayuhan on road jer.On road aku memang kena tapau la  dengan rider lain.Antara kelemahan aku yang perlu aku baiki.Kayuhan pantas di on road.Masuk bandar,taman dan pada penghujungnya meredah anak sungai dan sampai di garisan penamat.
Dukacita aku dapat no.12 je daripada 60 lebih peserta.Aku respek kat rider-rider veteran yang boleh kayuh dengan laju.Aku kena ubah corak latihan aku kalau nak bersaing dengan dia orang ni.Sebab,aku akan jumpa dengan dia orang ni banyak kali lagi selepas ni.


D 12...dewasa 12.ha ha


Acara basuh beskal dan mandi sekali.Jambatan tu yang kena lalu masa permulaan acara


Rendam basikal ni biar jadi saiz 29 lak...hi hi


Hilang botol air dan spek....huhu

Dah siap mandi dan terus balik ke Selancar

Dah puas cari kat internet,akhirnya jumpa gambar aku masa kat sana.Kecik je.Jadilah kecik pon drp tak ada langsung...





Monday 3 December 2012

Tampin Nature MTB Ride 2012


Tarikh: 2 Disember 2012
Tempat:Bandar Tampin

Sesi mengisi masa lapang waktu cuti diteruskan lagi.Kali ini aku gi Tampin lak.Tak berapa jauh dari Rompin tapi aku tetap duduk hotel untuk memudahkan aku bergerak ke tempat pertandingan.Kalau dok jauh susah.Nak bangun awal,nak drive agi.Duduk hotel senang sikit.


Jersi yang aku dapat!Wane putih kalau gi off road sahih kotor ni

Aku bertolak dari Selancar jam 2.00 petang.Kali ini tak payah guna GPS sebab aku dah tengok tempat tu kat internet lagi pun besar mana sangat la bandar Tampin tu..sampai di Tampin lebih kurang jam 4.00 petang.Aku gi stadium Tampin.Amik goodies.Dapat nombor V054.Harap-harap kali ini,nombor ini kan membawa tuah kat aku.Kali ini ramai rider dalam kategori veteran sebab 40 tahun pun dah masuk kategori ini.Aku tanya kat kerani pendaftaran tu,berapa ramai kategori veteran ni?Dia kata dalam 100 lebih....mak aiii ramainya....abislah aku kali ini...

Lepas amik goodies,aku gi kat Budget Hotel T&Y.Chat lebih kurang ngan penyambut tetamu.Minta izin nak masukkan basikal dalam bilik.Dia kata ok je pakcik.Tak kisah..lagipun bilik pakcik bawah ni jer.....Hu hu pakcikkk....




Kemudahan yang disediakan untuk hotel ni biasa jer...tapi oklah dengan harga RM80.00 untuk semalam.Dekat ngan Giant dan kedai makan mamak 24 jam.Lepas daftar aku gi pasar malam jap.Cari pisang...orang kata bagus makan pisang tuk dapatkan tenaga tambahan macam pemain tenis dunia tu makan.Puas satu pasar aku tawaf tapi tak de jual pisang....ish ish tak makan pisang agaknya dia orang ni.Pas tu gi Giant lak,kot kot ada kat situ sebab masa kat Pontian tu aku beli kat Giant.Tak ader gak...memang sah pisang ni orang Tampin tak suka.Ok...cari buah kurma lak....tak ade gak.akhirnya...tak yah beli papelah..beli roti full grain je lah.Katanya banyak fiber boleh membuatkan kita tahan lapar.

Malam pekena sup kambing kat kedai mamak tu tapi sup mamak ni dah macam sup Thailand la pulak....tapi hayun jer lah sedap gak sup mamak ni...cecah ngan roti nan chesse....mmmmm sedap...Masa ni perlawanan antara Malaysia dan Indonesia baru nak mula.baru menyanyikan lagu Negaraku.Cepat-cepat aku makan dan balik hotel.Tak sanggup aku nak tengok perlawanan yang mendebarkan ni....

Pagi-pagi lagi aku dah check out dari hotel.Terus ke stadium.Awal lagi..tak ramai lagi orang.Lepas pakai kasut..aku terus masuk ke stadium...warm up beberapa kali pusingan stadium.Ada sorang budak perempuan minta aku tolong adjust spedometer dia.He he senang je dik....Dalam peraturan,race ni akan dilepaskan ikut kategori.Tapi aku takut peristiwa di Batu Pahat akan berulang lagi.Jadi aku pun pergi tengok ada tak golongan V yang menyelitkan kat tempat permulaan.Hahhh ramai la pulak....jadi apa lagi aku pun terus menyelitakn diri aku kat celah-celah ratusan manusia tu.Mana boleh asik kena tipu jerkan...Sementera menunggu masa pelepasan...aku tengok2 beskal dia orang ni.Fuhhhh mahal-mahal basikal dia orang ni....memang basikal aku tu rasa kerdil sangat lau nak bandingkan ngan beskal dia orang ni....Fork depan je pun depa citer dah 2k lebih....mesti power depa ni....basikal power kayuh pun mesti power gak

Kayuhan dimulakan jam 8.15 pagi oleh Datuk Khalid Yunus selaku penaung Persatuan Kembara Negara.Kayuhan peringkat awal ikut jalan tar.Permukaan yang aku biasa tak leh kayuh laju.Masa ni masing-masing kayuh laju sebab power masih banyak lagi.Aku layan je sebab memikirkan jauh lagi nak pergi ni.Aku tergelak kat satu budak yang sanggup patah balik nak ambil minuman Powerbar dia yang terjatuh...ha ha.Aksi yang bahaya sebab semua rider tengah kayuh dengan laju.....

Aksi mengayuh ngan laju dibantutkan apabila semua rider terpaksa melalui satu titi yang merentangi anak sungai...kena turun beskal dan pimpin basikal tu...masa ni ade yang marah-marah sebab rider lain lambat...apala dia orang ni...sabo la....pasi titi ni ko kayuh laju-laju...selepas titi ni bermulalah episod kayuhan yang sangat hebat dan menarik....bukit yang tinggi ,jalan becak,meredah anak sungai,dan yang paling seram sewaktu menuruni bukit tinggi.Aku fobia sebab aku dah jatuh 2 kali.Luka yang ada ni pun tak sembuh lagi.Jadi aku terpaksa terlalu berhati-hati...tapi aku tabik kat rider muda yang turun bukit laju.Takut aku...
aku leh potong dia orang ni masa naik bukit jer....mungkin aku ada kelebihan semasa up hill...down hill hancur sikit...

Satu ketika...aku berada dalam kelompok kedua yang mengejar kelompok pertama...kami memang kayuh laju sebab turun bukit sikit...ntah macam mana dalam group ni sorang pon tak perasaan penanda jalan....pehhhhhh....kami sesat la pulakkk.Sesat dekat 500 meter....patah balik....dah 1 km...hampeh tullll....kami terpaksa pulun kejar rider-rider ang kami dah potong tadi.....

Selepas tu aku kayuh dengan penuh semangat berbekalkan kudrat yang masih bersisa.Aku ader gak makan gel penambah tenaga dan aku rasa membantu juga.Sampai kat jalan tar semula...aku dipotong oleh 3 rider...pas tu tak ada dah rider yang potong aku.Aku cuab sedaya upaya aku untuk mengekalkan rentak kayuhan.Kali ini tak la sakit sangat punggung aku sebab jarak kayuhan tak sampai pun 40 km.Satu ketika,amoi RELA tunjuk isyarat 4 jari kat aku....kayuh laju-laju dia kata....ayaaaa.... tenaga sudah habisla moiiii.....Ertinya aku berada di 4....wah hebat ni...Tak lama pas tu 1 rider lagi potong aku....cehhhh asik kena potong je...bila lak masa aku nak potong orang??? Aku rasa memang aku lemah kalau kayuhan atas jalan tar...mungkin nak kena tukar rim pulak ni....

Dan apabila sampai di stadium...aku tengok tak ramai lagi rider yang dah sampai...da aku diberi kad no. 5!Yesssss.......suka sangat!rasa berbaloi aku memerah tenaga menamatkan kayuhan.Aku pun pergilah kat kaunter hadiah untuk menuntut medal...budak ITM tu kata No.1 - No.10 nanti naik podium ambil plak!Wauuuu naik podium untuk kali ke-3 dalam sejarah aku bersama Corratecku...





 bersama Datuk Khalid Yunus



Gambar yang ni gelap sikit

Kali ini,oleh sebab aku nak kena tunggu upacara penyampaian hadiah,jadi aku kena tunggulah sampai acara tamat termasuklah acara cabutan bertuah.Sebanyak 100 hadiah disediakan.80 hadiah telah dicabut lebih awal dan no aku tak naik.Sedap hati aku...ni mesti aku dapat basikal ni...dapat beskal Specialized dah kira hebat dah ni....Akhirnya acara untuk cabutan basikal dimulakan...agak berdebar juga...rasa macam nak dapat jer...tapi malang sebagaimana biasa...sehingga habis nombor dicabut nasib malang tetap menyebelahi aku.Aku belum lagi bertuah!

Walaupun tak bertuah tapi kali ini aku rasa puas sebab aku dah menang kat negeri orang walaupun no.5,jadi tak  le kokok kat kg sendiri jer...

Seterusnya Sportrec MTB Race 2012 di air terjun Chamang,Bentong Pahang 9.12.2012