Wednesday 26 September 2012

XPDC Redung 2

23.9.2012
Hari Ahad
Mula golek : 8.00 pagi
Tamat golek : 2.30 petang

Setelah sekian lama tak ada aktiviti jambori yang disertai oleh group kita orang.Berita gumbiranya ahli kita orang dah bertambah berganda-ganda ramainya.Syukur...berkat kesabaran kita orang menayang kayuhan pagi ,petang,malam akhirnya ramai yang join.Best weiiii.....

Redung 1,cuma 5 orang jer...tapi Redung 2 sudah ada 13 orang!

Gambar ni masa kita orang baru kayuh lebih kurang 3 kilometer.Warm up la kiranya.Masing2 masih ceria dan bertenaga.Kira kami stopkat check point pertama la ni.Bergambar dulu...
Dari kanan,Parif,Fazli,Rosli,Ayub,Joe,EdyMadi (adik eric tu),ipin,Cikgu Azman,Jaza,Mizi,Rahimi, dan wakil SK Selancar 1,Mizi (Tahniah Mizi!)

Mizi dengan basikal Meridanya. ...berjaya menamatkan kayuhan dengan cemerlang walaupun asyik merungut pancit je tapi masih mantop agi.sebulan lagi mesti lebih steady


Wednesday 5 September 2012

Sekitar 1 Malaysia aidilfitri Sri Medan Jamboree 2012




Selancar Mountain Bike team telah menyertai jamboree tersebut.Termasuk aku.Sangat teruja untuk menyertai jamboree ini setelah lama berehat kerana bulan Ramadan.Berikut sedikit gambar berkenaan jamboree tersebut...





Menerima hadiah daripada Dato Nuraini Ahli Parlimen Parit Sulong.Dapat nombor 6 dalam kategori veteran.Veteran ....ha ha 46 tahun dah!





 Bergambar bersama pemenang nombor 1 hingga 10 dengan Dato Noraini.Johannya ialah mat saleh dari Singapura.Naik basikal Cannodale saiz 29.Laju beb...tak terkejar aku...





Bergambar bersama-sama ahli SMT.Aku ngan madi je yang tak dapat lucky draw.Ingatkan leh dapat motosikal Modenas tapi hampa hu hu....tak pe madi,bukan rezeki kita .Mugkin suatu hari nanti tuah akan menyebelahi kita..amin...