Sunday, 14 July 2013

Maran Jambori Ayam Kampung 2013


          Aku memang dah tak sabar nak try basikal aku yang baru aku beli ini walaupun bukan basikal baru tapi baru beli...kira baru la...ha ha

Aku tak sabar nak mengayuh dalam suasana jambori namun sebenarnya aku belum mahir lagi menggunakan gear SRAM yang berlainan sedikit dengan SHIMANO SLX basikal Corratec yang dulu.Aku suka gear SRAM kerana senang nak masuk berbanding SHIMANO.

            Sampai di Maran,aku call penganjur untuk kepastian tempat pengambilan goodies sebab aku tak ikut perkembangan terkini blog depa.Masa mula baca tu kata kat Dewan Belia tapi sampai kat sana tengok sepi jer.Diberitahu pengambilan goodies kat Dewan Taman Tasik iaitu kat chalet aku nak duduk.Ok la lau gitu.
 Pemandangan dari dalam rumah sewa

 Memang cantik tempat ni dan berbaloi sangat dengan RM70 semalam


 Reka bentuk rumah yang menarik...memang best tidur di sini

Resit sewa rumah kerajaan
Penyambut tetamu di Maran Hill Golf Resort (MHGR) ni memang bersopan santun dan berbudi bahasa.Bertuah mempunyai pekerja yang seperti ini.

 

Pemandangan lampu MHGR dari rumah sewa pada waktu malam.Kamera murah tak leh nak ambik gambar cantik pada waktu malam..


 
Basikal yang telah disiapkan seadanya untuk jambori esoknya

 Nombor yang diharapkan agar membawa tuah

Baju t-shirt yang cantik

Hari kejadian 7.7.2013
Segala-galanya berjalan dengan lancar dengan penerangan daripada pihak penganjur.Kalau dengar penerangan memang mantap dan tidak menduga ada kelemahan yang ketara bakal dihadapi oleh para pengayuh jambori.
          Perlumbaan pada peringkat awal disertai oleh VVIP tapi sekejap jer mereka dah beri laluan kerana rider dah tak sabar nak pecut.Aku duduk di line 2 tapi bila start aku jadi jauh di belakang.Aku takut nak rempit dengan mencelah-celah ,takut jatuh.Tapi bila masuk jalan air terjun Teladas aku lajukan kayuhan sebab naik bukit sikit.Aku boleh kejar ploton awal...stay dalam group ni.Follow saja kerana masih jauh lagi perrjalanan.Dan keluar jalan raya utama dan masuk kampung Bum-bum .RELA suruh kayuh terus..jadi kamipun memang pulun kayuh...turun bukit pulak tu,...memang sedap la layan..tup-tup Marshhall kejar dan bagi tau kami silap jalan.Eh RELA tu yang suruh ikut jalan ni...mase tu memang rasa down habis.Dekat 2 kilometer dah kami kayuh...kena patah balik dan mendaki bukit pulak tu,,,kalau naik motor memang la tak kisah, ni naik kaki ni,,,Sampai di simpang tu kami pakat jerit ramai-ramai kat RELA tu.....RELA yang telah menunjukkan jalan kesesatan kepada kami.Tapi nak salahkan RELA ni 100% pun tak boleh rasanya sebab kat simpang tu tak der pun sign belok ke kanan.
           Masa tu dah sesak dah single trail tu...mamat depan ni lak wat tak tau jer walaupun kita dah bagi isayarat  kita nak over take...last-last terpakse tolak jugak...Hampeh tul...mase tu harapan untuk menang memang dah tak ader dah.Jadi aku kayuh ikut sesedap rase jer.Meter basikal lak rosak jadi aku tak tau dah berapa km aku kayuh....Basikal aku memang terbaik setakat ni..tak de problem cuma ade sekali aku tersilap tukar gear besar masa nak naik bukit... terpakse turun dan sorong la pulak.
          Aku tak ingat kat simpang mane tapi ada pakcik jaga berdasarkan pakaiannya jerit kat aku,,"awok pakcik kira  dapat nombor 22"....eh 22 kira ok la tu....tak jauh la aku kena tinggal.Aku kayuh bese jer dan tak der sapa yang cucuk aku.Tiada tekanan cuma aku yang tertekan nak kayuh laju lagi jer...Keluar ajer lebuh raya ke Jerantut tu...ade satu group jauh kat depan aku.Depa 3 orang...2 laki 1 perempuan.Perempuan ni budak MSSP Pahang.Potong aku mase kat simpang yang aku sesat tu.Kira dapat kejar semula dia ni pun kira ok.Aku follow group ni.Cucuk kasi angin.Tak lame sorang rider berhenti,dia kata dia cramp.Sorry bro,tak dapat nak tolong.Tinggal kami bertiga.Selepas masuk hutan dan melintasi sungai yang sejuk airnya rider di belakang aku potong di lorong yang sempit.Tabik kat ko la brader.Aku tak dapat nak potong sebab jalan single trail jer.Sampai di sungai kedua,aku sampai di garisan penamat.Aku dapat medal yang cantik pastu aku tanya petugas kat situ saya rank ke berapa? Dia kata, "Pakcik dapat no 2."Perghhhhh no 2!biar betul ni????Syukur pada Allah...akhirnya aku boleh jadi top 3.Berkat basikal baru ni...

Penamat di dalam sungai....terbaikkkk

          Selepas ambil nama,aku kayuh semula ke bandar Maran.Penamat dengan permulaan tak sama.Mula di bandar Maran dan tamat di Lubuk Ujid di Kuala Sentol.Lebih kurang 13  km...Nak tunggu penyampaian hadiah lambat lagi iaitu jam 12.00 pm.Sekarang baru 10.15 am.Jadi aku kayuh je ke chalet di Maran Hill Golf Resort.Dalam perjalanan,ramai petugas yang arahkan aku ke tempat penamat....ha ha depa ingat aku sudah silap jalan daaa.... Untuk mengelakkan kekeliruan,aku pakai medal yang aku dapat tu...he he bukan riak ye tapi tak nak bagi salah faham.Lebih kurang 20 minit aku sampai di chalet,mandi,basuh beskal,pakai baju penaja yang cantik ni.Dan aku terus pergi ke Lubuk Ujid.


Menerima hadiah daripada YB Datuk Shahaniza Shamsudin 


Medal yang hebat dan tali medal tu pun memang terbaik

Hadiah tempat kedua ..RM 70.00 (Lepas sewa chalet)

         
Yan kiri ialah Rider Temerloh Cop Cycling Team,di tengah-tengah tu anak Johan veteran,dan yang kanan sekali tu he he yesssss akuuu tu .Ini kejayaan terbaik aku setakat ini....

           Jambori seterusnya Burung Hantu Jamboree di Melaka pada 14.9.2013


2 comments:

  1. Pnglmn yg sgt2 mnrik..pnginapn yg cntik n mndamaikn...trek yg mncbr..siap sesat lg hehe...tp yg pling manis n brmkna kmnngn besar..NAIB JOHAN tuu...tahniahhh...psni x mustahil JOHAN dlm gggmn..In sya Allah.hndk 1000 daya...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete