25.11.2012
Tg Piai Charity Ride...
Tak ade ahli Selancar MTB yang nak pegi event ni.Maklum aje ler musim cuti dah bermula.Masing-masing ngan program kekeluargaan masing-masing.Aku layan je event ni...lagipun tak de mende nak wat.Layan berbasikal ni kira ok jugak la...leh jalan-jalan jadi tak le orang Selancar ni asik tanya tak cuti ke cikgu?he he cuti la ni....
Penganjuran kali ini aku boleh bagi markah cemerlang...bermula dari aku tiba pada 24.11.2012.Aku dah puas berkeliling kat bandar Pontian mencari tempat amik goodies.Aku dah ikut dah coordinat GPS yang depa bagi tu tapi aku tak jumpa tempat tu.Akhirnya aku call penganjur.Penganjur tu suruh aku tunggu kat tempat tu,nanti dia datang amik aku bawa tempat ambik goodies.Fuhhh bagusnya lah penganjur ni.Tak pernah jumpa penganjur yang bagus macam ni.Tempat tu senang jer tapi tersorok sikit...Aku jumpa ramai AJK penganjuran.Peramah sungguh mereka!
Antara isi beg: Plat no 270,sijil,biskut,dan frame gambar
Baju jersi Tg Piai
Depan
Belakang
Acara pagi tu dimulakan dengan persembahan tarian gagnam stail oleh kumpulan penari berbaju merah.....seronok gak tgk depa menari....yesss..menari untuk kesihatan dan kecantikan of course!Budak yang palling kecik kat depan tu paling mencuri perhatian...
Ada gak tarian singa mengejar bola sakti.......fuyooo
Macam selalu,tiba awal di garisan permulaan....yang sebelah kiri tu ialah juara kategori wanita,tapi tak tahu pun yang dia ni hebat sebelum acara tamat.Ada anak dalam lingkungan 3 tahun dan suami...
Masih power beb!
Masih power beb!
Peace dua-dua tangan,ni tiru sapa ni?Ha ha tak tiru sesapa yek... tindakan pantulan depan kamera....Dok sebelah juara kategori wanita!
Acara dimulakan kurang 2 minit jam 8.30 pagi.Oleh sebab aku dok depan maka aku kayuh tanpa halangan.5 kilometer pertama aku masih boleh bersaing dengan kelompok depan.Tapi selepas masuk jalan berbatu-batu aku sudah mula ketinggalan jauh.Tapi aku masih boleh nampak kelompok awal.Dalam 30 kilometer pun aku masih boleh nampak kelompok awal.
Tapi selepas itu aku dah rasa kehabisan tenaga.Kayuhan pantas anak-anak muda ini benar-benar mencabar kudrat veteranku.Satu ketika,1 kumpulan memotongku termasuk seorang rider perempuan.Cehhh aku kena tapau ngan perempuan!Tak rela aku.Mana leh jadi jadi ...kalah ngan perempuan ada anak lak tu!!!!!Aku cuba ikut depa berkayuh.Aku dapat bersaing untuk 5 kilometer.Selepas sampai di jalan ke Tanjung Piai mereka meningkatkan kelajuan....termasuk rider perempuan tu.Aku dah tak larat nak kayuh selaju mereka.Meter aku menunjukkan aku dah kayuh 27 kmj,tentu mereka kayuh lebih 30 kmj.Lajunya!
Tapi selepas itu aku dah rasa kehabisan tenaga.Kayuhan pantas anak-anak muda ini benar-benar mencabar kudrat veteranku.Satu ketika,1 kumpulan memotongku termasuk seorang rider perempuan.Cehhh aku kena tapau ngan perempuan!Tak rela aku.Mana leh jadi jadi ...kalah ngan perempuan ada anak lak tu!!!!!Aku cuba ikut depa berkayuh.Aku dapat bersaing untuk 5 kilometer.Selepas sampai di jalan ke Tanjung Piai mereka meningkatkan kelajuan....termasuk rider perempuan tu.Aku dah tak larat nak kayuh selaju mereka.Meter aku menunjukkan aku dah kayuh 27 kmj,tentu mereka kayuh lebih 30 kmj.Lajunya!
Sehingga ke Kukup Golf Resort itulah satu-satunya rider perempuan yang memotong aku.Aku rasa ok lah kalah ngan seorang perempuan jer....tapi tiba-tiba sebaik sahaja keluar daripada simpang Kukup Golf Resort sorang rider perempuan yang agak gemuk (Jangan mare ye perempuan tu) dengan gaya selamba je memotong aku.....ish ish tidakkkkkk....kena potong nagn perempuan agi...lagi sadis kali ni perempuan gemuk!!! adoiiiii.aku nak kejar tapi apakan daya...ko memang handal!Respeklah kat rider ni...Makan aper agaknya sampai tak tahu penat ni?Aku toleh ke belakang ,tak ade dah rider perempuan setakat ni.Yang ada sorang budak laki yang follow aku dari tadi,Aku slow pun dia tak nak potong.Basikal dah sama brand dah ngan aku Corratec x-vert.Aku layan je kayuh ikut kemampuan aku.
Ikut iklan,kayuhan hanya 65 km jer... tapi ni dah 70 km pun tak nampak lagi garisan penamat.Kelengkang aku rase macam dah melecet dah.Macam-macam dah gaya aku duduk nak bagi tak sakit....kebas-kebas dah punggung aku.Ase cam nak berhenti jer tapi sayang.mungkin dalam 6 km jer sampai garisan penamat.
Akhirnya setelah berkayuh lebih kurang 2 jam 40 minit,dengan jarak kayuhan 76 km,aku sampai ke garisan penamat.Rider lelaki yang follow aku tu pun dah tak nampak dah kat belakang aku.Berehat agaknya....Kalau aku ni perempuan aku dapat nombor 3!Ha ha tak rela aku nak jadi pondan lak...Terimalah hakikat yang rider perempuan pon memang hebat! .Kira kali ini aku tak ada rangking.Rangking hanya diberikan sehingga nombor 50 jer...aduiiii....Kalau boleh nak jugak tau aku ni ranking ke berapa.
Sampai di garisan penamat,aku ase macam nak pitam tapi aku rasa gembira sagat kerana berjaya berkayuh tanpa henti untuk jarak 76 km!Pencapaian yang kira ok lah untuk aku.He he puji diri sendiri....
Pas minum air aku terus tukar pakaian,lepak jap kat pantai Pontian dalam 20 minit.Pas tu pekena Nescafe ais ngan roti canai sebelum bertolak pulang ke Selancar.Aku tak tunggu acara cabutan bertuah kerana sebagaimana biasa....aku bukan insan yang bertuah.Daripada aku tunggu dekat 2-3 jam kat situ baik aku balik terus ke Selancar.....
Masa kayuhan
Jarak kayuhan
Purata kelajuan kayuhan 27.1,kira laju gak ni
Selamat tinggal Pontian dan Tanjung Piai.Panjang umur aku mesti akan datang lagi ke acara ini pada tahun depan dengan usia yang makin tua setahun......
Basikal selepas tamat acara
Selepas kayuhan..dapat medal yang sangat bernilai kerana bukan senang nak mendapatkannya.Aku bangga kerana aku salah seorang rakyat Malaysia yang patuh pada Rukun Negara yang ada pingat ini.Walaupun saguhati tapi gaya macam dapat johan jer...ha ha Nasib baik tak angkat basikal tu....kalau tak mesti orang ingat aku johan kui kui...
tahniah, truskan usaha hingga berjaya..PEACE..
ReplyDeleteAbang ini onroad saja atau offroad bercampur? Tayar nampak bersih ? Walau bagaimanapun syabas diucapkan! Kuat kayuhan !
ReplyDeletesyabas..nmpk cam best n sronok je charity ride kt tg piai ni...tmpt ni pun cantik n mnarik
ReplyDeleteJohn Lu,ni kayuhan Onroad saja.Tak leh beat rider mudalah...mereka memang laju kat trek cam ni...tak der bukit nak potong dia orang...
ReplyDeleteAnonymous,memang cantik tempat ni...tak rugi lau bercuti kat sini,Banyak tempat menarik..