Monday, 8 June 2015

Jambori MTB Agro Explorasi Ladang Kundang Ulu 2015


Sudah lama aku tidak menulis dalam blog ini.Sudah bersawang pulak ...Hambatan waktu membatasi usahaku untuk mengemaskini blog sulung ni.Hari ini aku nak update sikit event yang aku ikuti baru-baru ini.
          Explorasi Ladang Kundang Ulu,Ledang Johor.Event ini kurang promosi rasanya walaupun pada penganjurannya aku rasakan berada tahap yang bagus juga.Segala-galanya tersusun walaupun krew tidak ramai.Kelemahan sikit-sikit tu biasalah.Ada event yag ribuan rider yang datang pun banyak kelemahannya.
          Aku gi dgn Rider kental Ucop...yang sanggup menemani aku sebab musim cuti begini ramai anggota Prosak yang balik kampung.
         Kami bertolak jam 4 pagi.Sikit agi aku terlanggar lembu yang bersantai-santai di tengah jalan....nasib baik sempat tekan brek...syukur.
          Sarapan pagi ....awal pagi... jam 5 pagi di Restoran Al-Ihsan.Sampai di sana dalam jam 6 pagi.Ambil plat dan parking basikal di barisan ketiga...Kira depan juga ni...Sempat bersembang rider-rider otai yang datang dari Melaka...Rambut dah nampak memutih di kepala tapi nampak PERKASA.....fuhhh.....
         Trek memang ok..99.7% off road.Trek pantas dan yang kayuh pun memang laju-laju belaka sampai rider budak perempuan pon aku x dapat nak kejar...laju ooo dalam kayuhan 20km ada sorang rider mungkin dah pangkat datuk,,selamba je potong aku  ..tak lama pas tu bayang pun aku tak nampak...hebatla atuk tu..



                           Sesudah kayuhan bersama Ciput Cycling Team Bandar Tun Razak


 Ucop...wakil amikkan hadiah....


                   Sebelum kayuhan bersama Ucop anggota Prosak yang paling bertuah




Dapat tempat ke-10,dapat naik podium,dapat t-shirt Felt kerana berjaya menamatkan kayuhan bawah 100.Terima kasih kepada seorang rider men open yang memberi galakan kepada aku untuk terus kayuh...tq bro...