Monday, 7 January 2013

Beserah Tengkujuh Ride 2012

Tengkujuh Ride!Memang hujan sepanjang kayuhan.Satu pengalaman baru dalam dunia kayuh beskal aku.
Tak berjaya menamatkan kayuhan dengan menaiki podium.Tak berjaya mendapat tempat bawah 10,tak berjaya dapat hadiah wang tunai...tapi tak kisah sebab aku ada alasan helah bela diri yang kukuh!aku demam!Cheh.....demam konon....ha ha tapi aku berjaya menamatkan kayuhan yang seronok tu

Macam biasa,aku bertolak sehari sebelum hari kejadian.Aku dah tempah bilik di Muara Beach Resort.Sampai di resort dalam jam 2 petang.Nasib baik dah tempah bilik,kalau tak memang kena tidur jauh sebab bilik semua dah penuh.Bilik Muara Beach Resort ni aku boleh bagi 1 bintang jer.Tuala pun kena mintak kat lobi.Bilik air pun ala kadar jer.Yang terbaik cuma pendingin hawa yang tak boleh diadjust.Sejukya sampai ke tulang sum-sum.Malam tu aku tak boleh tideur sebab sejuk la sangatnya.Nak matikan sian kat member yang tidur dengan lenanya.Paginya aku bangun dengan rasa demam yang kian menjadi.Member tegur,dia kata jangan kayuhlah kalau demam.Tapi manelaeh tak kayuh.Datang jauh-jauh cuma nak tido kat resort ni jer rasanya tak berbaloi.Kayuh tetap kayuh.Yang lain kemudian pikir.

Antara barangan yang diberi kat jambori ni


Jersi biru,beg biru,pamplet Magnetic aura,trek kayuhan,nombor plat,Power bar dan madu dalam straw...maduuuu


Nombor plat yang diharapkan akan menamatkan badi TIDAK BERTUAH aku kali ini.Tapi aku tetap tidak berharap kerana aku tahu,tuah selalu menjauhkan dirinya dari aku...


Basikal dan no plat yang dah disetting lebih kurang.Aku pun tak tahu nak setting lebih-lebih.Janji boleh kayuh kira ok sangat dah la tu

Aku pergi ke tempat permulaan agak awal.Tak ramai lagi rider yang datang tapi kali ini aku tak nak berebut tempat di depan.Tak tahu kenapa...mungkin pasal aku rase nak demam.Aku biar orang ramai datang baru aku masuk kelompok tu.Kali ini aku nak kayuh santai-santai jer.Aku dah masuk line ke-4 atau ke-5 dari rider barisan depan.Oklah tu.


aku sengaja menyelitkan muka aku kat Geng Gesteh ni....he he Pak cik sebelah kanan aku kayuh bukan main laju...ingatkan boleh tapau dia rupanya aku yang kena tapau...tabikkkkkk

Sebelum kayuhan dimulakan,maka datang beberapa gerombolan team yang orang kata Team Pro.Terus ambik barisan depan.Barisan yang awalnya depan jadi barisan ketiga dah.aku dah jadi barisan ke-8 macam tu.Tak pro betulla kelakuan depa.Jambori ini bukan ada ujian masa macam Formula 1 atau Moto GP.Undang-undang simplenya,datang awal duduk depan tapi depa datang paling lewat tapiduduk depan.Penganjur pun tak kata apa...mungkin kenal ngan team ni atau pun nak jaga hati para rider PRO la katakan.Entahlah...kadang bila pikir balik,macam-macam manusia ni.Menghalalkan cara untuk mencapai matlamat....lantaklah aku nak kayuh jer...





Dimulakan tepat pada waktunya....kayuhan awal ikut jalan utama ke Kuantan sampai ke Batu Hitam pas tu masuk hutan dan di sinilah cabaran sebenar bermula.Jem pun bermula.Single trail ....jadi kena sabar je la.Ikut turn.Tak boleh potong.Jalan sempit dan licin.Aku suka trek ni...tak pernah jumpa trek dalam hutan macam ni.Licin,lecak,air,lumpur,jatuh,mendaki bukit yang licin,menuruni bukit yang menyeramkan.Tak pernah aku pimpin basikal waktu turun bukit tapi kali ini aku pimpin basikal aku.Gayat gila!ha ha.Ada budak muda sound kat aku.Pakcik kayuh je pelan-pelan.Main brek....tak berani la nak oiii...hang berani hang naiklah aku nak pimpin jer...





Antara tempat aku pimpin beskal aku.Memang mencabar....tapi aku memang happy kayuh kat jambori ni.Rasa seronok kerana ini pengalaman yang lain daripada yang lain walaupun rasanya macam teruk tapi ok.
Dan pada penghujung kayuhan kami kena mendaki satu bukit yang agak curam dan licin ditambah dengan hujan yang turun,Memang licin.Zon tu orang panggil Zon Tolak Basikal.Tapi aku dapat mengayuh basikal tanpa turun kat zon tu.Mungkin sebab aku pakai tayar bunga besar kat belakang jadi aku tak ada masalah mendaki bukit tu...


Gaya rider amatur...

Aku berjaya menamatkan kayuhan dalam masa lebih kurang 2 jam 20 minit.Jarak kayuhan 40km.Tempat ke 16 dalam kategori Veteran dan tempat ke 155 keseluruhan.

Jambori ini memang mewah dengan minuman dan pisang.Kalau tak silap aku 4 stesen air termasuk stesen air mata kucing!Perghhhh terbaiklah.2 stesen makan pisang tapi aku tak amik pisang sebab aku tak de selera nak makan pisang waktu ujan.Kali ini aku berhenti kat stesen 3...tambah air dalam bekas air aku.Kali ini aku memang tak dapat nak kekalkan rentak kayuhan aku.

Abis kayuh...aku gi kat tempat cabutan bertuah.Krew suruh aku cabut kertas.Aku cabut dapat huruf 'A',aku memang tak harap apa-apa tapi kali ini tuah mendampingi aku.Aku dapat kunci basikal!Yahooooo...akhirnya akhirnya aku bertuah jugak macam orang lain.Tak kiralah walaupun rege kunci ni dalam lingkungan RM50 tapi aku rasa ok sangat.Syukur pada Allah yang menjadikan aku antara orang bertuah pada hari itu.Hari itu dalam sejarahlah kiranya....

Lepas basuh basikal kat lopak air hujan yang banyak bertakung kat jalan,aku terus ke hotel,mandi dan terus balik ke Selancar.Aku ajak member tidur jap kat masjid sebab aku dah tak tahan nak memandu.Demam aku semakin teruk...2 jam aku tidur.Sampai di Selancar aku demam 9 hari.....

Penangan Beserah Tengkujuh Ride.Tapi yang penting....happy!