Monday, 26 November 2012

The Southernmost Tip of Mainland Asia (Tg.Piai) MTB Charity Ride

Tanjung Piai,sinonim ngan tanjung terselatan di Asia.Penah menjejak kaki kat sini dulu tapi tak sempat (ha ha tak mampu sebenarnya) nak menginap kat Chalet Tg Piai ni.1 malam pun jejak rm200.Ha ha mahal tu tapi berbaloi rasanya kalau menginap chalet atas air ni.

25.11.2012
Tg Piai Charity Ride...
Tak ade ahli Selancar MTB yang nak pegi event ni.Maklum aje ler musim cuti dah bermula.Masing-masing ngan program kekeluargaan masing-masing.Aku layan je event ni...lagipun tak de mende nak wat.Layan berbasikal ni kira ok jugak la...leh jalan-jalan jadi tak le orang Selancar ni asik tanya tak cuti ke cikgu?he he cuti la ni....

Penganjuran kali ini aku boleh bagi markah cemerlang...bermula dari aku tiba pada 24.11.2012.Aku dah puas berkeliling kat bandar Pontian mencari tempat amik goodies.Aku dah ikut dah coordinat GPS yang depa bagi tu tapi aku tak jumpa tempat tu.Akhirnya aku call penganjur.Penganjur tu suruh aku tunggu kat tempat tu,nanti dia datang amik aku bawa tempat ambik goodies.Fuhhh bagusnya lah penganjur ni.Tak pernah jumpa penganjur yang bagus macam ni.Tempat tu senang jer tapi tersorok sikit...Aku jumpa ramai AJK penganjuran.Peramah sungguh mereka!

Antara isi beg: Plat no 270,sijil,biskut,dan frame gambar

Baju  jersi Tg Piai

Depan


Belakang
Acara pagi tu dimulakan dengan persembahan tarian gagnam stail oleh kumpulan penari berbaju merah.....seronok gak tgk depa menari....yesss..menari untuk kesihatan dan kecantikan of course!Budak yang palling kecik kat depan tu paling mencuri perhatian...


Ada gak tarian singa mengejar bola sakti.......fuyooo



Macam selalu,tiba awal di garisan permulaan....yang sebelah kiri tu ialah juara kategori wanita,tapi tak tahu pun yang dia ni hebat sebelum acara tamat.Ada anak dalam lingkungan 3 tahun dan suami...
Masih power beb!



Peace dua-dua tangan,ni tiru sapa ni?Ha ha tak tiru sesapa yek... tindakan pantulan depan kamera....Dok sebelah juara kategori wanita!








Acara dimulakan kurang 2 minit jam 8.30 pagi.Oleh sebab aku dok depan maka aku kayuh tanpa halangan.5 kilometer pertama aku masih boleh bersaing dengan kelompok depan.Tapi selepas masuk jalan berbatu-batu aku sudah mula ketinggalan jauh.Tapi aku masih boleh nampak kelompok awal.Dalam 30 kilometer pun aku masih boleh nampak kelompok awal.



Tapi selepas itu aku dah rasa kehabisan tenaga.Kayuhan pantas anak-anak muda ini benar-benar mencabar kudrat veteranku.Satu ketika,1 kumpulan memotongku termasuk seorang rider perempuan.Cehhh aku kena tapau ngan perempuan!Tak rela aku.Mana leh jadi jadi ...kalah ngan perempuan ada anak lak tu!!!!!Aku cuba ikut depa berkayuh.Aku dapat bersaing untuk 5 kilometer.Selepas sampai di jalan ke Tanjung Piai mereka meningkatkan kelajuan....termasuk rider perempuan tu.Aku dah tak larat nak kayuh selaju mereka.Meter aku menunjukkan aku dah kayuh 27 kmj,tentu mereka kayuh lebih 30 kmj.Lajunya!

          Sehingga ke Kukup Golf Resort itulah satu-satunya rider perempuan yang memotong aku.Aku rasa ok lah kalah ngan seorang perempuan jer....tapi tiba-tiba sebaik sahaja keluar daripada simpang Kukup Golf Resort sorang rider perempuan yang agak gemuk (Jangan mare ye perempuan tu) dengan gaya selamba je memotong aku.....ish ish tidakkkkkk....kena potong nagn perempuan agi...lagi sadis kali ni perempuan gemuk!!! adoiiiii.aku nak kejar tapi apakan daya...ko memang handal!Respeklah kat rider ni...Makan aper agaknya sampai tak tahu penat ni?Aku toleh ke belakang ,tak ade dah rider perempuan setakat ni.Yang ada sorang budak laki yang follow aku dari tadi,Aku slow pun dia tak nak potong.Basikal dah sama brand dah ngan aku Corratec  x-vert.Aku layan je kayuh ikut kemampuan aku.

        Ikut iklan,kayuhan hanya 65 km jer... tapi ni dah 70 km pun tak nampak lagi garisan penamat.Kelengkang aku rase macam dah melecet dah.Macam-macam dah gaya aku duduk nak bagi tak sakit....kebas-kebas dah punggung aku.Ase cam nak berhenti jer tapi sayang.mungkin dalam 6 km jer sampai garisan penamat.

        Akhirnya setelah berkayuh lebih kurang 2 jam 40 minit,dengan jarak kayuhan 76 km,aku sampai ke garisan penamat.Rider lelaki yang follow aku tu pun dah tak nampak dah kat belakang aku.Berehat agaknya....Kalau aku ni perempuan aku dapat nombor 3!Ha ha tak rela aku nak jadi pondan lak...Terimalah hakikat yang rider perempuan pon memang hebat! .Kira kali ini aku tak ada rangking.Rangking hanya diberikan sehingga nombor 50 jer...aduiiii....Kalau boleh nak jugak tau aku ni ranking ke berapa.

        Sampai di garisan penamat,aku ase macam nak pitam tapi aku rasa gembira sagat kerana berjaya berkayuh tanpa henti untuk jarak 76 km!Pencapaian yang kira ok lah untuk aku.He he puji diri sendiri....
Pas minum air aku terus tukar pakaian,lepak jap kat pantai Pontian dalam 20 minit.Pas tu pekena Nescafe ais ngan roti canai sebelum bertolak pulang ke Selancar.Aku tak tunggu acara cabutan bertuah kerana sebagaimana biasa....aku bukan insan yang bertuah.Daripada aku tunggu dekat 2-3 jam kat situ baik aku balik terus ke Selancar.....


Masa kayuhan


Jarak kayuhan


Purata kelajuan kayuhan 27.1,kira laju gak ni

       Selamat tinggal Pontian dan Tanjung Piai.Panjang umur aku mesti akan datang lagi ke acara ini pada tahun depan dengan usia yang makin tua setahun......



Basikal selepas tamat acara



PEACE NO WAR!

Selepas kayuhan..dapat medal yang sangat bernilai kerana bukan senang nak mendapatkannya.Aku bangga kerana aku salah seorang rakyat Malaysia yang patuh pada Rukun Negara  yang ada pingat ini.Walaupun saguhati tapi gaya macam dapat johan jer...ha ha Nasib baik tak angkat basikal tu....kalau tak mesti orang ingat aku johan  kui kui...

Hotel Pontian

Kali ni nak citer pasal Hotel POntian lak.Nape?sebab payah nak dapat review dalam bahasa Melayu.Lagipun masa surf cari tempat nak menginap kat Pontian ni payah nak dapat review pasal hotel ni.

Aku booking hotel ni pada 18.11.2012.Ok je penyambut tetamu tu layan.Siap kasi salam lagi.Jadi aku tempah yang paling murah RM121.00 siap sarapan untuk 2 orang.Kira ok la tu.Lau tgk dalam gambar tu memang cantiklah hotel ni.Pada 23.11.2012,kakitangan hotel tu call aku nak confirmkan tempahan.Aku kata on jer...memang aku nak gi Pontian.

24.11.2012,aku bertolak ke Pontian dalam jam 11.30 pagi.Dengan basikal aku tenggekkan kat belakang keta aku.Nak naikkan basikal atas bumbung tak mampu agi aku nak beli Thule yang regenya rm1100.00 tu dapat yang tangan kedua.Kalau baru mahu rm1500 lebih....

Kali ini aku berpandukan GPS Proton yang aku beli ngan Rafidah....tq Rafidah coz jual kat aku GPS yang paling OK.Kata adik aku.Adik aku kata GPS akan tunjukkan jalan yang paling dekat.Jadi aku ikut sepenuhnya panduan GPS tu.Berhenti makan rojak kat Chaah.Restoran Thaif.Adalak mamat spek ni jual ubat 8 in 1.Ko orang ada?Ubat halau nyamuk,lalat,cicak,lipas..lagi 4 aku dah tak ingat dah...aku layan je mamat ni pastu aku beli gak coz kesian dia dah cakap panjang2 kalau aku tak beli.Offer terhebat hujung tahun beli 1 dapat 1.Harga offer rm10.00 he he...

Perjalanan mengikut lebuhraya lancar je.Singgah jap kat Hentian Machap,pas tu terus ke Simpang Renggam.Terus je Benut.Kat Benut ni musim durian.Banyak durian kat tepi jalan tapi tak beli pun...kat Segamat pon banyak..Sampai di Pontian dalam pukul 3.00 petang.Keliling jap cari tempat amik goodies tapi tak jumpa.Akhirnya,aku call organiser...fuhhh bagus tulll dia amik aku kat tempat tu....aku just follow jer kete Alpard dia..Amik barang aku terus check in dalam hotel.Dia kasi aku bilik untuk orang yang tak hisap rokok.




Bilik yang bersih dan kemas


ada peti ais,tv lcd,Astro dan saluran Singapura




Suasana menjelang Magrib di pantai Pontian.Angin tenang jerr..

Hotel ni senang nak cari.Dekat ngan McDonalds (Boikot!),Restoran 24 mamak,Giant..gerai makanan laut,sate,sata,...semua tempat dekat je ngan hotel ni.Jalan kaki jer.Malam pun tak sibuk sangat.Jadi kalau ada sesiapa nak menginap di Pontian,aku cadangkan hotel ni.Kata pekerja hotel ni,hotel ni milik kerabat diraja JOhor.Semua pekerja Melayu.Sarapan pagi yang disediakan kira boleh la...(Maknanye tak berapa ok la tu)

Tuesday, 13 November 2012

Batu Pahat Giant Jamboree 2012

Salam semua,
Batu Pahat Giant Jamboree.Menjadi igauan.Pehhh hari-hari dok membilang hari.Macam nak gi dating la pulak.Bukan pasal tempat yang menarik...Batu Pahat ape yang menarik yek?Pantai Minyak Beku la kot yang paling menarik.Pantai sepi macam dilanggar garuda dengan kebersihan yang tidak terurus.Nasi Beriani?Yesss...terkenal seantaro Malaysia.Nasi Beriani Md Shah..memang top.Seduk nasi pakai sudip.Tapi kalau nak jaga kalori dan kolestrol jangan makan selalu.Bahaya beb!

Aku gi ari Sabtu,beskal aku dah bawak minggu lepas.Kali ni memang tak payah gantung beskal belakng kete lagi.Aku gi ngan raka serumah.Terus gi ke home stay kat Tongkang Pecah.Bakal rumah adik aku...Pas tu balik kg jap.amik beskal.aku singgah jap umah mak cik aku yang adakan majlis angkat nikah anak perempuannya.Hujan masa tu.Dah selesai majlis,aku jumpa mak jap kat dapur...salam mak...sayang mak..salam tuan rumah.Pamit mahu berangkat ke home stay.Dalam jalan ke kereta tiba-tiba hatiku tertanya-tanya..eh mana ayah?tak nampak pun?Rindu kat ayah...

Rakan-rakan rider SMT tidur kat umah Cikgu Rosli.Dekat katanya.Aku tak nak dok sanalah nanti payah nak mandi lau ramai-ramai.Petang tu amik no plat beskal ngan Madi dan Rosli. Pas tu nak gi minum.Tengah-tengah cari kedai nak minum tiba-tiba.....

Alamak!beskal madi jatuh....nasib baik masih sangut lagi tali tu ...lau tak mau nangis Madi tgk beskal kesayangannya tu terbarai atas jalan.Pas tu pekena pau kat BP Walk.Bukan pau Suri tau!


               Nombor yang diharap-harapkan membawa tuah memenangi sebuah basikal Giant Anthem
                                               bernilai RM30 000.Harapan tinggal harapan beb!



                      Basikal yang telah disediakan seadanya untuk mengharungi cabaran di Adtec Batu Pahat


                                          Bergaya tetap bergaya walaupun dapat no 19....ha ha


                              Dewan Adtec tempat Cabutan Bertuah untuk orang pilihan yang ada tuah

Esok pagi-pagi lagi aku dah bertolak.Dalam pukul 6.50 am aku dah sampai tapak perlumbaan.Semangat tol aku.Maklumlah dok jauh kena bertolak awal.Member dari rumah Cikgu Rosli tak nampak muka lagi.Aku terus gi tempat permulaan.Pastu Crew cakap,veteran kena dok belakang cos pelepasan ikut kategori.Sebagai rider yang patuh pada Rukun Negara,aku pun gi belakang.Sandar beskal kat tepi.Dalam pukul 8.15 aku gi tempat basikal..aku tgk ramai rider yang pakai plat merah di celah-celah ratusan plat biru.Macam mana ni?Tak adillah macam ni.Kalau nak lepaskan ikut kategori...crew mesti tegas!bengkak tul ati aku...nak selit pun tak guna..aku dah kat belakang sangat.kejar pun mesti tak dapat.



Bersama cikgu Rosli dan Amir Syahidan (Tahun 5)

Sementara tunggu veteran dilepaskan,aku sempat sembang ngan sorang pakcik ni.Dok cerita pasal kehebatan beskal dia n kehebatan anak dia.He he...sekali aku tunjuk...beskal saya sama ngan beskal pakcik...

Lawan tetap lawan walaupun hakikatnya aku dah kalah.Nak kejar orang yang telah dilepaskan 10 minit awal bukan satu kerja yang mudah malahan hampir mustahil.Aku kayuh sedaya yang mungkin walaupun rangking atas 10 memang tak terjangkau dek tangan lau cam ni.Laluan memang mencabar.Mencabar sangat!Boleh bagi 4 bintang untuk tahap kesukaran.2 kali aku tolak beskal kerana terpaksa berhenti coz rider di depan berhenti.Rugi lau berhenti sebenarnya tapi apa nak buat....


                                             Basikal puluhan ribu untuk ditolak saja....


                                                                   Rider!Kayuhhhhh....



                                                         Sayup je rider tu tolak beskal



                                                     Bukit pertama pn dah ramai yang kantoiii

Satu ketika...aku macam nak berhenti je memandangkan bukit yang tinggi-tinggi.Mizi kata ada 7 bukit tinggi.Dalam perjalanan tu aku sempat potong Madi yang sedang tolak beskalnya.Aku sempat laung kat Madi..kayuh kayuh...

Setelah hampir 2 jam lebih berkayuh jarak 35 km yang sangat mencabar...akhirnya aku sampai di garisan penamat dengan mendapat no 19.Kira oklah aku rasa walaupun kalau dilepaskan secara jujur..rasanya aku leh dapat baik dari itu.Tapi nak buat macam mane.terimalah dengan hati yang terbuka.

Penganjuran kali ini aku lihat kurang lancar alau nak dibandingkan dengan Seri Medan ataupun Pagoh.Goodies tak ada pun air atau snack.Hanya baju yang mempromosikan Kedai Basikal Lian dan botol air TRS.Dahlah beg tak disusun ikut group pon.Nak ambil baru cari satu-satu.Leceh betul.

Tapi yang paling mengecewakan ialah penyediaan makanan tengah hari.Nasi ayam yang entah pape yang ditapau.Dahlah gitu,tak cukup lak tu.Ramai rider yang berbaris di tengah panas menunggu nasi ayam yang tak sampai-sampai.Kesian...nasib baik aku sampi awal jadi tak le perlu berbaris panjang.Kalau nak buat bandingan dengan Pagoh memang bagai langit dengan bumi.Dengan Seri Medan pun dah kalah walaupun Seri Medan hanya dianjurkan oleh Coyote team saja.Mungkin penganjur dah larikan budget untuk acara lucky draw...

Pengajaran moralnya,lain kali buat tak peduli jer kita kategori apa.Just baris je ngan kategori open.Buat muka seposen dan berlepas bersama-sama dengan yang lain.Curi ayam pun tak ape janji menang sebab penganjur tak tegas dalam hal ini.Kalau nak buat ikut kategori pastikan betul-betul hanya kategori itu saja dalam group tu...

Boleh gitu?