Friday, 17 August 2012

Kayuhan petang 28 Ramadan

Petang 28 Ramadan  bersamaan 17 Ogos
Jam 5.00 petang
Situasi di dapur:
Emak sedang sibuk memasak untuk hidangan berbuka puasa.
Aku : Masak pe mak?
Mak : Sambal,kulupam ranti,ayam ungkep
Aku :Wahhh sedapnya...kemecer ni mak,ada pape nak tolong mak?
Mak :Tak payah la,ckit je ni..
Aku :Mak takut ya,lau aku tolong nanti jadi tak sedap...ha ha
Mak : Tak lah...sikit je...da nak siap pun
Aku :Lau cam tu nak kayuh beskal la yek..

Dalam jam 5.15 aku memulakan kayuhan ke Parit 6 darat @ Seri Murni.Ada bukit sikit kat hujung jalan tu.Jalan mati kat rumah orang.Jauh tul rumah orang i dari rumah orang lain.Lau jadi pape susah ni.Pas tu aku ikut je jalan yang ada kat situ tapi semua on road.Off road sikit je.Aku kayuh tembus Parit Jayus Darat,kuar lak ikut Parit 7,pastu aku potong jalan gi Parit 4.Pastu aku kayuh ikut jalan Parit 3,Sejagung dan BukitWaha.Laluan di sini 'agak' mencabar tapi kalau dibandingkan ngan trek latihan aku kat Selancar trek kat kampung ni boleh katakan mudah je...semua on road.Aku kagum dengan pembangunan kat sini.Rumah orang-orang kampung dah besar dan beranika bentuk.Aku telan air liur je tgk kecantikan rumah dia orang ni.Aku kayuh sampai aku jumpa lebuh raya,masuk terowong dan berhenti kat masjid Sejagung.Aku sekali terpegun tgk masjid mereka.Cantik dan unik


Walaupun persekitaran masjid macam suram je tapi design pintu gerbang ni memang unik.Mesti susah buat mende ni.Aku tak leh nak gambar kenang2an coz aku kayuh sorang2 je jadi tak de sapa nak snap gambar aku.Nak minta tolong kat orang malu la pulak.
Dalam pukul 6.40 aku dah sampai semula di rumah mak.Tgk kat meter aku dah kayuh sejauh 30 kilometer dalam masa 1.23 minit.Oklah untuk bulan Ramadan.Training untuk Seri Medan jamboree

Masa kayuhan: 1 jam 23 minit 19 saat termasuk cooling down


Jarak kayuhan petang tadi termasuk jarak warm up dan cooling down




2 comments:

  1. bleh tiru pintu grbg masjid tu wat pntu grbg sk sel 2 hehe

    ReplyDelete
  2. Jue,kena import la jurubina gerbang tu.Lau wat sendidi takut tak jadi

    ReplyDelete