Monday 24 June 2013

UITM Pahang Mountain Bike Jamboree 2013

Setelah lama aku menahan nafsu untuk menyertai jamboree dek kerana kekangan masa dan pelajaranku akhirnya aku dapat menyertainya dengan hati yang tenang. Tak ramai ahli Prosak yang masuk jamboree ni maklum le waktu cuti sekolah.Ahad 26.05.2013.Sehari selepas hari lahirku yang ke -47.Wahhh dah tua sangat dah aku ni.47 batang lilin nak tiup.Nak buat aper yek tiup lilin?Tak paham aku... Aku tempah bilik di Mercu View Resort...ada chalet jer...semua bilik dah penuh.Chalet agi ok asenya...RM80 satu malam.Bolelah ...




Ni la chalet kat Mercu View Resort.Memang dekat ngan UITM Jengka dan Bandar Jengka.

Chalet no 11.Penyambut tetamu kata rumah penuh tapi aku pelik sampai malam tad ramai orang kat sini.Pelik tolll

UITM Jengka tempat acara bermula

Aku sampai awal ke tempat permulaan.Baru ada 1 line yang diisi oleh rider Terengganu Team 46.Nampak perkasa budak2 muda ni.Majoriti dah pakai basikal 29.Takut aku tegok depa ni...aku terpikir jugak nak beli beskal 29' ni tapi entah bila boleh beli.kena kumpul ckit-cikit ni...
          Macam biasa kayuhan kali ni dumulakan dalam jam 8.30 pagi.Ramai juga peserta mungkin dalam 500 orang.Aku target leh naik podium ni ...trek memang hebat dan mencabar.Mula on road,pas tu off road...offroad rasenyta dalam 35km daripada 40 km kayuhan.Mencabar sangat kepada rider baru.Lepas bukit,bukit,lepas bukit bukit lagi...pergh...memang mencabar sangat rasenya...semasa kayuhan aku memang rase beskal 26' mmng tak boleh beat 29' terutamanya di jalan rata tapi kali ini lebih sadis....aku dipotong semasa mendaki oleh rider 29'.....ish ish....nak buat loan kalau cam ni...loan beli beskal 29'...ha ha
        Aku cuba untuk follow depa...tapi tak daya dah asenya...cuba setakat yang terdaya ajer...Trek lancar saja...budak-budak yang jaga simpang pun ramai,penanda jalan pun ok.Memang tak sesat lagi menyesatkanlah lah...dalam 2 jam lebih aku sampai di garisan penamat...



        Yaeyyy aku dapat no.8 kategori veteran!naik podium ni....hatiku berbunga...ha ha
Berjaya menamatkan kayuhan walaupun sangat penat.Terpancar kepenatan yang amat sangat pada wajahku.pakai jersi kelab yang terbaru.

Kali ini memang best nak cuci beskal.Ada Bomba yang sedia memancutkan air dengan paip mereka.Free lak tu.Bese kena bayar rm3 kalau nak cuci beskal.Pas cuci beskal aku amik makanan.Aku orang yang pertama amik makanan...ha ha macam orang kebulur la pulak.Lepas tu aku pergi kat urussetia jambori.Kut-kut no.8 tak ader hadiah.Nanti penat jer aku tunggu tapi tak naik podium.Nak pitam rasenyer masa aku dengar jawapan dia.Hadiah sampai nombor 5 jer....alamakkk 5 jer encik?Besekan 10?Hadoiiii...hampanyer aku...

          Jadi tak der guna lagi aku tunggu kat situ.Baik aku balik ke hotel,mandi-mandi dan balik ke Selancar.Sebelum balik,aku makan kat Kedai makan Kak Ngah.Sedap ABC kat sini...terbaikkk dari Maran
 Sedap dan banyak....sampai tak abis...

Medal yang aku dapat di UITM Maran.....cabaran yang hebat untuk para rider MTB...




5 comments:

  1. Tahniah ..masih mengekalkn minat n semngt utk terus berbasikal...masih hebat stamina..x mudah utk mndpt tmpt 1-10...smg 1 hari nnt number one dlm gggaman..

    ReplyDelete
  2. Sambngn dr komen td hehe..asenya pasni msti jmboree dgn beskal 29' plak kan..?chayyokk..next jmboree..maran!!

    ReplyDelete
  3. Tahniah.. Teruskan usaha juangmu itu.
    Beskal 29'.
    hi hi..
    Ape tu 29?

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kepada yang sudi komen....kena kumpul duit beli basikal saiz roda 29 inci....

    ReplyDelete
  5. Rosli Kulaan30/06/2014, 15:47

    Agaknya kita ni selalu jumpa tapi tak perasan....Saya dr team Temerloh Cop Cycling Team...di jengka sama2 naik podium...gitu juga Ayam Kampong...

    ReplyDelete