Sunday 9 December 2012

Sport Rec MTB-Challenge,Chamang Waterfall 2012


Chamang Waterfall


Banner acara ini

Kali ini aku nak mengisahkan perjalanan kisah aku menyertai Chamang Challenge 2012.Aku bertolak dari Selancar jam 11.30 am.Terus ke Muadzam Shah,nak pekena kari kambing sebelum ke Bentong.Sampai sana dengan girangnya menuju rak lauk..Perghhhhh....tak de la pulak kambing kari....jauh tu nak makan daging kambing tapi hampa..akhirnya makan nasi lauk ikan kembung je lahhhh....kempunan la pulak.

Perjalanan diteruskan ke Bentong melalui jalan Tabung Haji - Bera - Temerloh - Lebuh raya - Bentong.Perjalanan lancar cuma kat Bera tu memang teruklah jalannya... senak perut dibuatnya.Sampai di Bentong dalam pukul 4 petang.Aku gi amik goodies kat Hotel Kristal.Pas tu gi ke Hotel Trans Mutiara untuk check in.Oklah hotel ni walaupun agak kecik tapi kemas dan bersih.


Aku tengok isi beg goodies tu.Alamak...t shirt,nombor plat dan majalah je?Ish ish kokak tul penganjur ni...paling tidak bagi le air mineral....kalau nak bandingkan dengan Tampin ari tu memang jauhlah..
Kesilapan terbesar aku yang pertama...aku tak tanya pun penganjur ,perlumbaan akan dimulakan dimana.Silap betul.Aku ingatkan namanya Chamang Waterfall tentulah mula kat waterfall la kan.So aku pun dengan gaya buat-buat reti terus gi Chamang waterfall petang tu.Survey tempat...cehhh
Tempatnya lebih kurang 10 km dari hotel dan tempat parking kereta yang sempit.Kena  datang awal kalau nak dapat tempat parking kereta yang baik.

Subuh Ahad.
Pagi-pagi lagi aku dah bangun.Sebeleum Subuh dah siap sedia tuk solat Subuh.Siap solat terus angkat beskal ke kereta.Check out dan dengan selambanya terus ke air terjun Chamang.Pukul 6.30 dah sampai di sana.Ada satu kereta Myvi yang satu tujuan dengan aku.Aku pun sarapan,kuarkan basikal dan siapkan ape-ape yang patut tapi peliknya?Nape tak ade orang datang ni?Salah tempat ke?Nak call penganjur tak boleh sebab tak ade line telefon kat situ


Basikal masa kat air terjun Chamang.Salah tempat daa

.Aku gi turun dan tanya kat orang kat situ.Dia kata basikal mula kat Kg.Lebak..6 km dari situ dan masuk dalam jalan kg dalam 7 km.Perghhhhh.....Aku dan budak tu pun cabut gi tempat tu.Kat simpang ada RELA jaga bagi isyarat supaya masuk jalan tu.Sakit hati sudah bermula.
Tak ade pun papan tanda,banner ke atau apa-apa tanda yang menyatakan di situlah bermulanya acara ni.Apapunya penganjur la macam ni.


Garisan permulaan dan penamat



Aku terus pergi ke tempat permulaan.Masa tu dah 7.50 pagi.Penganjur buat pengumuman pertandingan tidak akan dimulakan sehingga pukul 8.45 pagi kerana papan tunjuk arah banyak yang hilang.Banyak hilang ke baru nak letak?Aku sempat berbual-bual dengan para peserta.Ramai yang tak puas hati dengan penganjuran ni.Dibuat di tengah-tengah hutan.Tandas pun tak ade.Apa salahnya buat kat luar dan redah pakai basikal masuk dalam ni.Tak paham betul la.Akhirnya dalam jam 9 pagi barulah perlumbaan dimulakan setelah di boooo oleh peserta.

Citer pasal race lak.Start aje terus lalu jambatan yang sempit...ada air pulak.Berpusu-pusu nak menyeberangi jambatan tu.Ada yang marah-marah.Rider yang datang awal yang boleh duduk kal barisan depan memang senanglah tak payah nak bersaing-saing.Dalam 7 km yang pertama ni boleh dikatakan santai je muka buminya...aku sempat memotong beberapa rider yang dah mula semput.Lepas tu on road mendaki ikut jalan menuju ke air terjun.Sempat juga potong berapa orang di sini.Selepas itu barulah bermulanya era off road.Bukit pertama memang tinggi dan berliku.Aku boleh potong ramai riders kat sini.Bukit kedua pun tinggi juga dan aku berjaya mengayuhnya tanpa berhenti.Setelah itu tak ade dah off road.Masuk perkampunga orang asli yang bertar walaupun mendaki.Seterusnya down hill...acara yang aku gerun.

Satu ketika,ketika tengah layan down hill dengan berhati-hati,dah la curam,selekoh pulak...ada krew suruh slow.Aku slow tapi tengah down hill tak boleh nak emergency brake nanti aku yang terhumban.Tiba-tiba ada mamak sengal ni dengan basikal melintang atas jalan nak amik botol air dia yang terjatuh.Aku brek dengan kuat dan cuba elak mamat ni.Aku berjaya elak dia tapi aku terbabas ke tepi jalan dan booooommmm aku jatuh.Aku pikir dalam hati..abislah aku kali ni sebab masa tu tengah laju.Spek aku yang aku beli on line tu tak tercampak kat mane,yang pasti hidung aku sakit,tangan kanan aku luka dan kaki aku aduhhhh sakitnya.HOIII AWAK NAK BUNUH ORANG KE? aku jerit kat mamat tu.Masa kat Tampin,aku gelakkan budak yang jatuh Powerbar dia dan amik waktu orang tengah laju kerana aksi tu bahaya..kali ini aku lah insan yang malang dek aksi tak berperaturan mamat ni.Nasib baik tak patah tangan aku.Aku tengok basikal aku masih ok cuma rantai terlucut.Aku pasang balik,dan mamat tu tak kata pun sorry kat aku.Apalah...dah buat salah pun boleh selamba jer.Aku kayuh dan terpikir kalau gear aku rosak,aku nak tukar XT la pas ni.Tapi syukur...gear aku dan yang lain-lain ok jer.Pas tu kayuhan on road jer.On road aku memang kena tapau la  dengan rider lain.Antara kelemahan aku yang perlu aku baiki.Kayuhan pantas di on road.Masuk bandar,taman dan pada penghujungnya meredah anak sungai dan sampai di garisan penamat.
Dukacita aku dapat no.12 je daripada 60 lebih peserta.Aku respek kat rider-rider veteran yang boleh kayuh dengan laju.Aku kena ubah corak latihan aku kalau nak bersaing dengan dia orang ni.Sebab,aku akan jumpa dengan dia orang ni banyak kali lagi selepas ni.


D 12...dewasa 12.ha ha


Acara basuh beskal dan mandi sekali.Jambatan tu yang kena lalu masa permulaan acara


Rendam basikal ni biar jadi saiz 29 lak...hi hi


Hilang botol air dan spek....huhu

Dah siap mandi dan terus balik ke Selancar

Dah puas cari kat internet,akhirnya jumpa gambar aku masa kat sana.Kecik je.Jadilah kecik pon drp tak ada langsung...





5 comments:

  1. Ape pun thniah trlbih dhulu d ucpkan... dr jln cerita ni mmg sgt2 sdih la ats skp psrta yg xde sivik pnyer org n bleh mmbhayakan pserta lain..nsib baik xde cdera yg truk..spek n btol air yg hlg tu nnt bli yg lain ek..sronok tgok air trjun tu...mcm best je...truskan usha utk mncapai apa yg dimpikn..PEACE YOWWW...?^_^

    ReplyDelete
  2. Salam..adventure tul chmg challenge ni...mncbr kekuatn fizikl n mental hehe..tp thniah brjye mengtasinya dgn baik..........msti mhl spek itam tu bli online lg..xpela xde rezki..pasni leh bli lg..spek purple lak ke hehe..truskn usaha mnjdi JOHAN 1 ari nnt..!

    ReplyDelete
  3. Air terjun Chamang ni memang best,airnya sejuk tul...spek purple!ha ha ade ke?feminin la pulak nanti lau pakai wane purple.Johan?rasanya teramat jauh lagi....apa pun try my very best!

    ReplyDelete
  4. tempat saya bentong,. siapalah penganjur tu,.wat malu saya saja wlaupon sy bkn berbasikal,. mcmane trek nye? ok ke biase2 je?

    ReplyDelete
  5. Asyraaf,mungkin ni first time dia orang anjurkan event besar cam ni.Nampak tak tersusun macam kat tempat lain.Trek memang bagus terutamanya yang mendaki bukit...mencabar.downhill pun hebat terutama orang muda yang hati kering

    ReplyDelete