Batu Pahat Giant Jamboree.Menjadi igauan.Pehhh hari-hari dok membilang hari.Macam nak gi dating la pulak.Bukan pasal tempat yang menarik...Batu Pahat ape yang menarik yek?Pantai Minyak Beku la kot yang paling menarik.Pantai sepi macam dilanggar garuda dengan kebersihan yang tidak terurus.Nasi Beriani?Yesss...terkenal seantaro Malaysia.Nasi Beriani Md Shah..memang top.Seduk nasi pakai sudip.Tapi kalau nak jaga kalori dan kolestrol jangan makan selalu.Bahaya beb!
Aku gi ari Sabtu,beskal aku dah bawak minggu lepas.Kali ni memang tak payah gantung beskal belakng kete lagi.Aku gi ngan raka serumah.Terus gi ke home stay kat Tongkang Pecah.Bakal rumah adik aku...Pas tu balik kg jap.amik beskal.aku singgah jap umah mak cik aku yang adakan majlis angkat nikah anak perempuannya.Hujan masa tu.Dah selesai majlis,aku jumpa mak jap kat dapur...salam mak...sayang mak..salam tuan rumah.Pamit mahu berangkat ke home stay.Dalam jalan ke kereta tiba-tiba hatiku tertanya-tanya..eh mana ayah?tak nampak pun?Rindu kat ayah...
Rakan-rakan rider SMT tidur kat umah Cikgu Rosli.Dekat katanya.Aku tak nak dok sanalah nanti payah nak mandi lau ramai-ramai.Petang tu amik no plat beskal ngan Madi dan Rosli. Pas tu nak gi minum.Tengah-tengah cari kedai nak minum tiba-tiba.....
Alamak!beskal madi jatuh....nasib baik masih sangut lagi tali tu ...lau tak mau nangis Madi tgk beskal kesayangannya tu terbarai atas jalan.Pas tu pekena pau kat BP Walk.Bukan pau Suri tau!
Nombor yang diharap-harapkan membawa tuah memenangi sebuah basikal Giant Anthem
bernilai RM30 000.Harapan tinggal harapan beb!
Basikal yang telah disediakan seadanya untuk mengharungi cabaran di Adtec Batu Pahat
Bergaya tetap bergaya walaupun dapat no 19....ha ha
Dewan Adtec tempat Cabutan Bertuah untuk orang pilihan yang ada tuah
Esok pagi-pagi lagi aku dah bertolak.Dalam pukul 6.50 am aku dah sampai tapak perlumbaan.Semangat tol aku.Maklumlah dok jauh kena bertolak awal.Member dari rumah Cikgu Rosli tak nampak muka lagi.Aku terus gi tempat permulaan.Pastu Crew cakap,veteran kena dok belakang cos pelepasan ikut kategori.Sebagai rider yang patuh pada Rukun Negara,aku pun gi belakang.Sandar beskal kat tepi.Dalam pukul 8.15 aku gi tempat basikal..aku tgk ramai rider yang pakai plat merah di celah-celah ratusan plat biru.Macam mana ni?Tak adillah macam ni.Kalau nak lepaskan ikut kategori...crew mesti tegas!bengkak tul ati aku...nak selit pun tak guna..aku dah kat belakang sangat.kejar pun mesti tak dapat.
Bersama cikgu Rosli dan Amir Syahidan (Tahun 5)
Sementara tunggu veteran dilepaskan,aku sempat sembang ngan sorang pakcik ni.Dok cerita pasal kehebatan beskal dia n kehebatan anak dia.He he...sekali aku tunjuk...beskal saya sama ngan beskal pakcik...
Lawan tetap lawan walaupun hakikatnya aku dah kalah.Nak kejar orang yang telah dilepaskan 10 minit awal bukan satu kerja yang mudah malahan hampir mustahil.Aku kayuh sedaya yang mungkin walaupun rangking atas 10 memang tak terjangkau dek tangan lau cam ni.Laluan memang mencabar.Mencabar sangat!Boleh bagi 4 bintang untuk tahap kesukaran.2 kali aku tolak beskal kerana terpaksa berhenti coz rider di depan berhenti.Rugi lau berhenti sebenarnya tapi apa nak buat....
Basikal puluhan ribu untuk ditolak saja....
Rider!Kayuhhhhh....
Sayup je rider tu tolak beskal
Bukit pertama pn dah ramai yang kantoiii
Satu ketika...aku macam nak berhenti je memandangkan bukit yang tinggi-tinggi.Mizi kata ada 7 bukit tinggi.Dalam perjalanan tu aku sempat potong Madi yang sedang tolak beskalnya.Aku sempat laung kat Madi..kayuh kayuh...
Setelah hampir 2 jam lebih berkayuh jarak 35 km yang sangat mencabar...akhirnya aku sampai di garisan penamat dengan mendapat no 19.Kira oklah aku rasa walaupun kalau dilepaskan secara jujur..rasanya aku leh dapat baik dari itu.Tapi nak buat macam mane.terimalah dengan hati yang terbuka.
Penganjuran kali ini aku lihat kurang lancar alau nak dibandingkan dengan Seri Medan ataupun Pagoh.Goodies tak ada pun air atau snack.Hanya baju yang mempromosikan Kedai Basikal Lian dan botol air TRS.Dahlah beg tak disusun ikut group pon.Nak ambil baru cari satu-satu.Leceh betul.
Tapi yang paling mengecewakan ialah penyediaan makanan tengah hari.Nasi ayam yang entah pape yang ditapau.Dahlah gitu,tak cukup lak tu.Ramai rider yang berbaris di tengah panas menunggu nasi ayam yang tak sampai-sampai.Kesian...nasib baik aku sampi awal jadi tak le perlu berbaris panjang.Kalau nak buat bandingan dengan Pagoh memang bagai langit dengan bumi.Dengan Seri Medan pun dah kalah walaupun Seri Medan hanya dianjurkan oleh Coyote team saja.Mungkin penganjur dah larikan budget untuk acara lucky draw...
Pengajaran moralnya,lain kali buat tak peduli jer kita kategori apa.Just baris je ngan kategori open.Buat muka seposen dan berlepas bersama-sama dengan yang lain.Curi ayam pun tak ape janji menang sebab penganjur tak tegas dalam hal ini.Kalau nak buat ikut kategori pastikan betul-betul hanya kategori itu saja dalam group tu...
Boleh gitu?
Salam..oo patutla dpt no 19..memang x adil la camtu..rasenya klu ikut tul2 gerenti JOHAN ...mgkn peserta lain tu degil sgt kot he2 ..tp pngjrnnye jgn curi ayam tau..klu nak curi,curi je kambing @ lembu ..besar sket ..hehehe
ReplyDeleteI agree to your comment to those veteran who comply to the ruling but were cheated by those who started off in front with riders in the open category.Anyway good ride as I am only a place ahead of you.Happy riding my friend.
ReplyDeleteTo JUe n anonymous....kita cuba yang terbaik,jadi peserta yang terbaik kerana kira bersukan untuk riadah.Kepada penganjur...jadilah penganjur yang terbaik.Anonymous,congrat bro,u'r better then me...see u in Chamang,Bentong
ReplyDeletetahniah wlpn dpt no 19, cube yg terbaik k ^_^
ReplyDeleteape pun "PEACEEEE"...