Saturday 14 July 2012

Kemahiran asas Basikal Bukit yang perlu anda tahu

Jika anda pernah berbasikal secara berkumpulan dan anda tertinggal di belakang pasti anad tahu bagaimana perasaan andauntuk mengayuh lebih laju,menuruni bukit dengan pantas,menaiki bukit dengan cepat dan melepasi segala hangan pada laluan anda. Membrek Semasa anda membrek,anda perlu menggunakan kepala anda terutamanya apabila menuruni bukit.Ha ha bukan sebagai penampan tau,nanti patah pulak leher tu tetapi anda perlu menggunakan kebolehan anda untuk membuat pertimbangan berapa banyak atau berapa kuat anda menarik tuil brek anda. Semakin berat beban sesuatu roda maka semakin tinggi keupayaannya untuk berhenti.Apabila anda menuruni bukit,roda depan anda menampung beban yang lebih berat daripada roda belakang.Membrek dengan menggunakan brek hadapan akan membantu anda mengawal basikal anda tanpa tergelincir (skid)Berhati-hati semasa melakukannya!AWAS! JIka anad terlebih menarik tuil brek hadapan,anda mungkin akan terbang melalui handle bar anda. Namun,anda jangan melupakan langsung brek belakang anda!Apabila menuruni bukit,tukar berat badan anda ke arah roda belakang.Ini akan meningkatkan lagi kuasa membrek anda secara seimbang antara roda belakang dan roda depan.Ini akan memberikan anda kawalan yang maksimum terhadap basikal anda.Penunggang basikal yang bijak dapat mengagihkan berat ke setiap roda dan menggunakan daya membrek yang mencukupi antara brek depan dan brek belakang untuk mengelakkan anda terbang melalui handle bar atau basikal anda akan mengelongsor (skid)

No comments:

Post a Comment